Menyusuli Kisah Cinta Kita, drama Shakira akan mengisi slot Akasia bermula 5 Januari 2022 yang turut disiarkan melalui iQIYI pada hari yang sama selepas siaran di TV3.
Drama bersiri 29 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman, nukilan skrip oleh Zarihah Hassan dan Zuraida Ramli dengan menampilkan barisan pelakon-pelakon popular di Malaysia. Bukan kita tak kenal Janna Nick dan Shukri Yahaya kan.
Antara barisan pelakon dalam drama Shakira seperti Janna Nick, Shukri Yahaya, Khai Bahar, Syerinie Myra, Ramona Zamzam, Marisa Yasmin, Melissa Wafa, Edika Yusof dan ramai lagi.
BACA : Drama 28 Hari Mencari Cinta (Slot Lestary Di TV3)
Demi Cinta ini nyanyian Tomok dan Fatin Afeefa menjadi OST bagi drama ini dimana lirik dan komposer adalah daripada Tomok sendiri
Sinopsis Drama Shakira
Drama Shakira mengisahkan watak Shakira (Janna Nick) yang terpaksa berhenti kolej untuk menjaga adiknya yang mempunyai masalah mental. Ini berikutan adik Shakira telah kelingan bayinya.
Disinilah bermula perjalanan cerita apabila Shakira bertemu dengan Amir (Shukri Yahaya). Pada mulanya mereka bersifat tegang antara satu sama lain dan lama-kelamaan cinta mula berputik.
Baru perasaan cinta mula timbul, bekas tunang Amir iaitu Anita (Syerinie Myra) muncul dan mahukan Amir kembali. Maka jadilah cinta 3 segi antara mereka.
Dapatkan Amir mengejar cinta Shakira? Bagaimana pula dengan adik Shakira yang mempunyai masalah mental tersebut. Apa pula yang Anita akan buat pada Shakira? Kena tonton drama ini nanti.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Shakira setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7.00 malam bermula 5 Januari ini menerusi slot Akasia di TV3 dan perkhidmatan penstriman iQIYI.
Drama bersiri ini akan tersedia selepas habis tayangan di tv pada hari yang sama di seluruh Malaysia. Anda boleh tonton secara percuma 48 jam kemudian, tetapi jika anda pelanggan VIP, anda boleh tonton terus tanpa menunggu