Menyusuli Jangan Ganggu Jodohku, drama Bunga Hati akan mengisi slot Megadrama bermula 10 Januari 2022 di siaran Astro Ria.
BACA : Senarai Drama Melayu Terbaru Untuk Tahun 2022
Drama bersiri 20 episod yang diinspirasikan dari novel 'Bunga Hati' karya Liza Ali merupakan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Jamal Khan & Che Mie serta nukikal skrip oleh Wan Mahani dan Liza Ali sendiri.
Naskhah ini bakal menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Nafiez Zaidi, Fazziq Muqris, Fifi Azmi, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Fauziah Datuk Ahmad Daud dan ramai lagi.
Manakala OST untuk drama ini berjudul Berakhirlah Pencarianku yang dinyanyikan oleh Hafiz Suip dan Ernie Zakri. Komposer oleh Dato' A. Aida dan lirik daripada Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh
Sinopsis Drama Bunga Hati
Drama Bunga Hati mengisahkan watak Dilaila (Intan Najuwa) yang merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan cekal walaupun zaman kanak-kanaknya tidak seindah orang lain jika dibandingkan dengan kehidupannya.
Di awal kelahiran Dilaila, bapanya, Sulaiman tiada bersama selepas bercerai dengan ibunya Salimah (Fauziah Datuk Ahmad Daud). Ianya berlaku sebelum Dilaila lahir lagi iaitu ketika dia di dalam kandungan.
Kerana dendam terhadap bekas suaminya, Salimah bencikan Luqman yang juga anak kandungnya yang cacat selepas diserahkan oleh Nek Tijah untuk dijaga. Walaupun dengan keadaan ibunya sedemikian, Dilaila tetap mempertahankan Luqman dan menjaganya penuh kasih sayang.
Percintaan Dilaila dengan Amer (Redza Rosli) yang baru berputih, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini (Lydiawati) yang membenci Salimah. Bagaimanapun, Razak (Zulkifli Ismail), ayah kepada Amer sukankan Dilaila dan mahu dia menjadi menantunya.
Walaupunbagaimanapun, kawan baik Dilaila iaitu Jessila (Fifi Azmi) dalam dia juga menyukai Amer dan sanggup buat apa sahaj untuk memilikinya. Jadi ibu Jessila dan ibu Amer, Noraini sendiri berkomplot untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer.
Dengan bantuan Razak, Dilaila berjaya hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan disitulah di telah bertemu Joshua (Erwin Dawson) iaitu seorang doktor dan telah jatuh cinta kepadanya.
Malang bagi Dilaila apabila adiknya, Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya telah dibunuh secara tidak sengaja oleh Gaban.
Konflik semakin memuncak apabila Noraini cuba membunuh Salimah dan anaknya, Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Oleh itu, mereka telah keluar dari kampung demi keselamatan.
Oleh itu, Noraini amil peluang ini untuk satukan anaknya, Amer dengan Jessila. Selepas 3 tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung semula dan mulakan hidup baru. Binta rumah baru dengan bantuan Razak yang membantunya secara rahsia.
Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang kini telah menjadi seorang usahawan jutawwan. Dalam masa yang sama, Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila kembali.
Ternyata sikap Amer yang penuh tipu daya dan berpura-pura hilang akal dan telah didedahkan oleh Farizan, kawan baik Amer sendiri yang dia ada muslihat mahukan Dilaila. Dalam pada itu, Noraini dan Razak merayu supaya Dilaila menerima Amer kembali demi memulihkannya.
Antara kasih dan kasihan, Dilaila terpaksa membuat pilihan sama ada memilih Dr. Joshua atau Amer kembali sebagai teman hidupnya.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Bunga Hati bermula 10 Januari ini, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Megadrama di Astro Ria CH104.
Drama bersiri ini juga tersedia tontonan secara On Demand dan melalui aplikasi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.