Mungkin anda keluar rumah untuk nak cucuk duit, tetapi terlupa bawa kad ATM. Jangan risau, sebenarnya anda masih lagi boleh withdraw duit di mesin ATM dengan cara tanpa menggunakan kad pun (Cardless).
Ciri ini diperkenalkan untuk beberapa bank, tapi jika anda pengguna Maybank, tutorial ini untuk anda dimana cara untuk keluarkan duit di mesin ATM tanpa menggunakan kad debit anda tersebut.
Dengan adanya cara ini, kita tidak perlulah panik sekiranya terlupa membawa kad debit ketika berada di luar rumah, sebaliknya boleh menggunakan handphone sahaja untuk keluarkan duit.
Cara Keluarkan Duit Di Mesin ATM Tanpa Menggunakan Kad Untuk Pengguna Maybank
Akan tetapi kaedah cardless ini memerlukan anda mempunyai beberapa perkara. Jika sudah ada semua ini, barulah anda boleh guna cara ini.
BACA : Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online
Perkara penting yang anda perlu ada adalah akaun perbankan online Maybank (Maybank2u) dan telefon bimbit. Jadi anda ada 2 perkara ini, anda boleh guna kaedah cardless tersebut.
1) Anda perlu login seperti biasa melalui aplikasi Maybank2u
2) Kemudian klik pada klik ikon Mobile > Cardless ATM Withdrawal
3) Klik New Mobile Number. Kemudian masukkan butiran seperti nombor telefon dan nama anda. Jika sudah klik Continue.
Kemudian masukkan nilai yang anda ingin keluarkan sama ada RM100, RM200 atau RM300 sahaja.
Info
Untuk pengetahuan, kaedah ini hanya boleh dilakukan 2 kali sahaja sehari untuk nombor telefon yang sama dengan nilai maksima adalah RM300 sehari. Setiap transaksi yang dilakukan akan dikenakan caj RM1.00
BACA : Cara Daftar MAE by Maybank2u Dan Dapatkan RM8 Secara Percuma
4) Paparan ini akan menunjukkan butiran yang anda masukkan sebelum. Pastikan butiran itu tepat dan betul. Jika betul klik Agree & Request TAC. Masukkan nombor TAC tersebut.
5) Perkara penting seterusnya adalah, anda akan diberi SMS dengan Txn ID dan juga Collect Code. Dua perkara ini anda perlu masukkan nanti di mesin ATM. Jadi simpan elok-elok.
6) Sekarang anda boleh pergi ke mana-mana mesin ATM Maybank dalam tempoh 48 jam bagi keluarkan duit yang telah anda mohon sebentar tadi.
7) Sampai di mesin ATM Maybank, anda klik pada skrin mesin tersebut dan pilih Pengeluaran Tanpa Kad > klik Teruskan
8) Disinilah anad perlu masukkan dua kod ID yang telah diberi sebentar tadi melalui SMS. Kod ID pertama panjang sekitar 16 atau 17 digit dan kod ID kedua adalah 6 digit.
9) Jika betul dan sudah berjaya. Duit tu keluarlah nanti seperti biasa. Selesai!
Untuk info lanjut berkaitan pengeluaran duit di ATM tanpa kad anda boleh layari laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my/cardless_withdrawal