Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN 2021 Untuk e-Filing Tahun 2022

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN 2021 Untuk e-Filing Tahun 2022

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah kongsikan senarai pelepasan cukai individu bagi tahun taksiran 2021 untuk e-filing 2022 kelak.

Pelepasan Cukai atau Tax Relief adalah pengurangan nilai pendapatan yang dikenakan cukai.

Sebagai contoh sekiranya pendapatan tahunan anda RM50,000 kemudian tolak semua tak relief seperti anda ada beli laptop, SSPN, bercuti dan sebagainya, tinggal RM40,000 sahaja.

Jadi selepas buat pengiraan semula, anda akan dicukai hanya untuk RM40,000 sahaja.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan 2021 (Tax Relief)

Berikut merupakan senarai pelepasan cukai terkini bagi tahun taksiran 2021 untuk e-filing 2022 yang boleh dituntut.

1.  Potongan Individu (Diri sendiri dan saudara tanggungan) - RM9,000

2.  Individu OKU - RM6,000

3.  Perubatan, Keperluan Khas dan Penjagaan Ibu Bapa - RM5,000

4.  Pelepasan bagi Ibu Bapa - RM3,000

5.  Peralatan Alat Sokongan Asas (Individu/Suami/Isteri/Anak/Ibubapa OKU) - RM6,000

6.  Yuran Pendidikan Diri Sendiri - RM7,000

7.  Perbelanjaan Perubatan Sakit Yang Sukar Diubati - RM6,000

8.  Gaya Hidup - RM2,500

  • Bahan bacaan (buku, majalah, surat khabar termasuk secara elektronik)
  • Langganan internet
  • Peralatan sukan & bayaran gymnasium
  • Komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

9.  SSPN (Tabungan Bersih) - RM8,000

10.  Suami/ Isteri/ Alimoni kepada Bekas Isteri - RM4,000

11.  Suami Isteri Kurang Upaya - RM3,500

12.  Tanggungan Anak

  • Anak < 18 tahun - RM2,000
  • Anak > 18 tahun masih belajar - RM2,000
  • Anak Kurang Upaya - RM6,000
  • Anak > 18 tahun masih belajar di IPT (Diploma ke atas) - RM8,000
  • Tambahan Anak Kurang Upaya > 18 tahun masih belajar - RM8,000

13.  Pembelian Peralatan Penyusuan - RM1,000

  • Pembayar cukai wanita sahaja
  • Tuntutan dibuat sekali setiap 2 tahun taksiran

14.  Yuran Taman Asuhan Kanak-Kanak/Tadika - RM2,000

15.  Insuran Nyawa & KWSP

  • Insurans Nyawa (Individu Penjawat Awam Berpencen) - RM7,000 ATAU
  • Insurans Nyawa (Selain Penjawat Awam Berpencen) - RM3,000
  • KWSP/SKIM yang Diluluskan - RM4,000

16.  Insuran Perubatan dan Pendidikan - RM3,000

17.  Skim Persaraan Swasta & Anuiti Tertunda - RM3,000

18.  PERKESO - RM250

19.  Perbelanjaan Bayaran Penginapan Yang Berdaftar (Pelancongan) - RM1,000

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan pelepasal cukai individu tahun taksiran 2021 ini, anda boleh rujuk portal HASIL LHDN.

Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN 2021 Untuk e-Filing Tahun 2022

Sila layari laman web www.hasil.gov.my atau hubungi cawangan LHDNM atau pusat Khidmat Pelanggan di talian 03-89111000 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Post a Comment

Previous Post Next Post