Cara Mohon Kad Kredit Public Bank (Gold Credit Card Islamic)

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank (Gold Credit Card Islamic)

Jika anda terfikir-fikir atau nak cari kad kredit, mungkin anda boleh mohon daripada Public Bank dan antaranya adalah Kad Kredit Islamic Gold.

Selain daripada kad kredit patuh syariah, ianya menawarkan yuran tahunan percuma jika anda menggunakannya sekuran-kurangnya 12 kali setahun. Selain itu, ada 2% cash back bagi setiap transaksi secara online, 0% untuk flexipay plan dan banyak lagi.

Selain itu, Public Bank juga ada menawarkan lebih 20 jenis kad kredit mengikut kelayakan anda. Anda boleh tengok senarai penuh disini.

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

Secara asasnya, mana-mana permohonan kad kredit daripada Public Bank adalah mengikut kaedah yang dikongsikan disini. Tidak kira jenis apapun.

BACA : Cara Daftar Internet Banking Bank Islam Secara Online

Selain mohon terus dimana-mana cawangan Public Bank, anda juga ada 2 cara mohon secara online iaitu melalui website Public Bank (www.pbebank.com) atau menerusi Ringgit Plus.

Jadi tutorial dibawah adalah permohonan terus melalui website Public Bank sahaja.

1)  Pergi ke website Public Bank atau KLIK SINI dan pilik kad kredit yang anda nak mohon (contoh: Public Islamic Bank Visa Gold Credit Card-i) dan klik butang 'Apply Now'

2)  Kemudian klik 'Next'

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

3)  Masukkan butiran penting iaitu Nama, nombor MyKAD dan nombor telefon dan klik 'Proceed'

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

4)  Lengkapkan borang online seperti data peribadi, butiran pekerjaan, komitment bulanan sedia ada dan akhir sekali jangan lupa untuk muat-naik dokumen berkaitan.

Antara perkara penting seperti slip gaji, statement bank khusus untuk yang ada majikan. Manakala kalau anda berniaga, anda kena masukkan dokumen perniagaan anda seperti sijil SSM, statement bank 6 bulan, resit tax, borang eB dan sebagainya.

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

5)  Akhirnya permohonan akan lengakp sekiranya anda telah berjaya menghantar borang permohonan tersebut. (successfully submitted)

Cara Mohon Kad Kredit Public Bank

Permohonan akan dinilai dalam tempoh 7-10 hari. Ikut pengalaman, hanya mengambil masa 7 hari sahaja.

Berjaya atau tidak, anda akan menerima sms jawapan daripada pihak Public Bank. Jika berjaya, mereka akan terus hantar kad kredit ke rumah anda dalam tempoh 2-3 hari sahaja.

Harap membantu...

Post a Comment

Previous Post Next Post