Cara Beli Stiker RIFD Dan Aktifkan Secara Online Guna Apps Touch n Go eWallet

Ada antara anda yang tengah mencari stiker RFID ke? Anda boleh tengok sini cara beli dan dapatkan stiker tersebut serta cara aktifkan yang boleh dibuat secara online menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet sahaja.

Baru-baru ini Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan dimana kad Touch n Go dan Smart Tag akan dihentikan secara berperingkat.

Ini kerana kaedah tersebut akan digantikan dengan pelaksanaan menggunakan RFID di tol seluruh Semenanjung Malaysia bermula 15 Januari 2022.

Ini mungkin antara langkah terbaik yang perlu dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di lebuhraya terutamanya kita waktu puncak atau hari perayaan.

Apakah RFID

RFID atau juga dikenali sebagai TNG RFID merupakan pelakat yang mengandungi cip radiofrekuensi dimana ianya adalah unik buat setiap pengguna.

Pelakat atau tag ini perlu dilekatkan pada lampu kiri kenderaan dan disambungkan dengan aplikasi Touch 'n Go eWallet yang bertujuan bagi buat pembayaran elektronik bagi tol di seluruh negara

Kenapa Guna RFID

TNG RFID Tag ini berbeza dengan kad TNG atau Smart Tag dimana anda tidak perlu bimbang tentang pertukaran bateri atau perlu menurunkan tingkap di tol bagi tujuan pembayaran

Selain itu, pengguna juga boleh tambah nilai secara online sahaja pada bila-bila masa dan dimana sahaja tanpa perlu pergi ke kiosk.

Lagipun harga stiker yang ditawarkan juga murah dan pemasangan serta proses pendaftaran juga lebih mudah berbanding kaedah sedia ada.

Cara Beli Stiker RFID

Terdapat beberapa cara untuk anda dapatkan dan beli stiker RFID. Anda boleh beli di mana-mana Fitment Centre RFID sendiri, di portal TNG RFID atau di aplikasi TNG eWallet.

Kalau susah sangat, anda boleh sahaja beli di Shopee (BELI SINI), Lazada (BELI SINI) atau di mana-mana cawangan Watsons (KLIK SINI)

Beli Melalui TNG eWallet

Sebelum beli atau buat tempahan, anda perlu Topup RM30 dulu, kerana harga stiker termasuk penghantaran adalah RM29.

Masuk apliaksi Touch 'N Go eWallet dan klik pada ikon RFID

Cara RFID Beli Melalui TNG eWallet

Kemudian, anda pilih pesan tag RFID dan pilih kuantiti. Ingat setiap stiker adalah untuk 1 kereta sahaja. Selepas buat pesanan, stiker RFID akan di pos terus ke rumah anda dalam 2-3 hari waktu bekerja

Cara RFID Beli Melalui TNG eWallet

Jika stiker sudah sampai, barulah boleh untuk ke proses pemasangan dan pendaftaran RFID

Cara Pasang Stiker Dan Daftar RFID

Pergi semula kepada ikod RFID dalam aplikasi Touch 'N Go eWallet dan kali ini pilih Aktifkan Tag RFID

Cara Pasang Stiker Dan Daftar RFID

Kemudian masukkan butiran kenderaan anda seperti nombor plat pendaftaram jenis kenderaan dan pelbagai lagi

Cara Pasang Stiker Dan Daftar RFID

Langkah seterunsya, masukkan nombor tag RFID atau scan tag number tersebut

Cara Pasang Stiker Dan Daftar RFID

Jika sudah selesai daftar RFID dan kini adalah untuk proses pemasangan stiker tersebut di kereta.

Anda boleh pasang stiker di salah satu bahagian iaitu di lampu depan kereta sebelah kiri (bahagian penumpang) atau di luar cermin depan belah kiri (bahagian penumpang).

Lap dan bersihkan dengan kain terlebih dahulu cermin lampu depan kereta dan biarkan ia kering untuk 2-3 minit. Kemudian tampah stiket TNG RFID Tag pada lampu dengan cermat. Lebih kurang 5 cm dari frame lampu

Cara Pasang Stiker Dan Daftar RFID
sumber : facebook beli apa hari ini

TNG RFID Tag anda akan diaktifkan dalam tempoh 2 jam. Kemudian boleh la guna dilorong yang terpapar RFID di tol seluruh Malaysia.

Selesai...


sumber : Fizal Hafiz

Post a Comment

Previous Post Next Post