Bayaran BKC Fasa 3 Akan Dibuat Bermula 20 Disember Ini

Pembayaran BKC Fasa 3 Akan Dibuat Bermula 20 Disember Ini

Berita baik dimana Bayaran Fasa 3 bagi Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dibuat mulai 20 Disember ini bersamaan hari isnin secara berperingkat.

Pengumuman ini telah dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri melalui kenyataan media yang dikeluarkan di laman facebook rasmi beliau.

Bayaran kali katanya membabitkan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion dan bakal dimanfaatkan oleh 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin tegar dan B40.

Penerima bagi golongan ini masing-masing akan menerima wang tunai sebanyak RM300.

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 BKC sudah pun diselesaikan pada bulan September dan November lalu bagi golongan isi rumah, warga emas sebatang kara dan bujang.

Oleh itu, semakan status kelulusan boleh dibuat melalui portal BKC iaitu https://bkc.hasil.gov.my dan boleh ketuhui maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut di portal yang sama.

Dengan adanya bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan akibat terkesan dengan wabak pandemik yang telah melanda hampir 2 tahun ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post