10 Barang Yang Perlu Untuk Bersihkan Rumah Selepas Banjir

10 Barang Yang Perlu Untuk Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Pasca banjir adalah waktu yang paling kritikal terutamanya ketika ingin membersihkan keseluruhan rumah yang telah 'ditelan' air banjir untuk berhari-hari.

Tambahan lagi di Malaysia kebanyakkan bencana banjir membawa sekali dengan lumpur dan kekotoran. Jadi semuanya akan kekal berada di rumah-rumah mangsa banjir ketika air sudah surut.

Jadi proses pembersihan pastinya mengambil masa lagi-lagi jika rumah tersebut sudah ditenggalami air dalam waktu yang lama; mungkin akibat 'banjir termenung'.

Untuk itu, jika air mula surut dan ingin mulakan proses pembersihan, anda perlu buat persediaan terlebih dahulu dengan menyediakan beberapa barang keperluan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Barangan ini perlu bagi memudahkan urusan terutamanya kepada volunteers atau sukarelawan dan pastinya untuk tuan rumah sendiri bagi keluarkan kekotaran akibat air banjir

10 Barang Yang Perlu Anda Untuk Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Ada keperluan yang wajib ada bagi mengelakkan perkara buruk yang kita tak tahu apa ada pada kesan air banjir tersebut.

1.  Water Jet

Water Jet

Waterjet bukanlah perkara wajib untuk anda bersihkan rumah selepas banjir tetapi ianya berkali-kali ganda memudahkan urusan bagi menghilangkan kesan degil lumpur kerana tekanan air tinggi yang dikeluarkan.

Anda boleh dapatkan apa-apa jenama sekali pun dengan harga sekitar RM200-RM400 untuk satu unit. Sebaiknya bagi satu rumah, ada sebuah waterjet untuk menghilangkan kesan yang sukar dilupuskan.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

2.  Hosepipe (Paip Air)

Hosepipe (Paip Air)

Untuk menghilangkan kesan air banjir terutamanya lumpur, perlukan bekalan air yang banyak. Tidak boleh tidak, kena juga dapatkan paip air yang panjang untuk tebaran air seluruh rumah.

Tambahan lagi, jika anda menggunakan waterjet, ianya juga perlu kepada paip air. Barulah air yang boleh disalurkan kepada mesin tersebut.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee (20 m) | Lazada (30 m)

3.  Penolak Air

Penolak Air

Ini juga anda perlu bawa untuk aktiviti sukarelawan membersihkan rumah mangsa banjir. Selepas pengaliran air bersih, anda perlu bawa keluar kesemua kekotoran tersebut keluar dari rumah.

Jadi dengan alatan penyodok air ni, proses keluarkan air campuran kotor itu lebih mudah. Cari yang tebal bukan getak nipis. Boleh dapatkan di kedai hardware atau beli secara online dengan link dibawah.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

4.  Mop

Mop

Alatan mop juga penting tetapi ianya lebih kepada jika segala kekotoran lumpur sudah dapat dikeluarkan dari rumah tersebut. 

Dengannya lebih mudah untuk sental kekotoran yang kecil-kecil sekali gu dapat membersihkan kawasan sekeliling terutamanya pada permukaan lantai.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

5.  Berus

Berus

Jika tidak cukup dengan mop, boleh guna berus. Adalah lebih baik dapatkan berus dengan tangkai yang panjang. Takda la susah sental terutamanya di bahagian lantai. Kalau pada dinding, boleh guna berus tangan sahaja

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

6. Sarung Tangan Getah

Sarung Tangan Getah

Ini juga barang wajib yang anda perlu ada iaitu sarung tangan getah (bukan kain tau). Ini bagi mengelakkan sentuhan dengan air banjir yang mempunyai risiko penyakit berjangkit.

Anda juga perlu jaga diri sendiri bagi meneruskan aktiviti sukarelawanan anda. Jaga diri, boleh cari glove yang berkualiti dan selesa di kedai-kedai hardware atau beli online sahaja jika sempat

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

7. Boot getah

Boot getah

Selain tangan, kaki juga perlu dialas dengan kasut yang tahan lasak. Dapatkan boot getah sama ada warna hitam atau warna kuning tu. Jangan pakai kasut kain, bimbang air akan masuk ke dalam kaki.

Kasut ini juga dapat mengelakkan kita memijak benda-benda tajam yang kadang kita tak tahu apa ada dalam kesan air banjir tersebut serta sekali gus mengelakkan tergelincir ketika proses pembersihan.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

8.  Cangkul/ Penyodok

Cangkul/ Penyodok

Penyodok atau cangkul ini perlu sekiranya rumah tersebut dilimpahi lumpur dengan banyak dan tebal.  Nak guna waterjet pastinya tidak mampu. Jadi perlu buang lumpur dengan penyodok terlebih dahulu sebelum cuci rumah tersebut.

Boleh dapatkan Cangkul di ⏩ Shopee | Lazada

Boleh dapatkan Penyodok di ⏩ Shopee | Lazada

9.  Plastik Bag

Plastik Bag

Jika anda ingin bawa plastik bag pastikan anda beli atau bawa yang heavy duty. Ianya lebih tebal daripada plastik biasa. Supaya tidak mudah bocor sampah yang sudah dikumpul apabila dialihkan kelak. Beli yang mahal sikit pun ok.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

10.  Air Freshner

Air Freshner

Ini juga antara benda penting iairu pewangi. Selain bawa lumpur, air banjir juga akan meninggalkan bau yang busuk lagi-lagi jika kawasan atau rumah berendam dalam tempoh waktu yang lama.

Untuk mengurangkan bau, boleh dapatkan apa-apa jenis air freshner. Letak dalam rumah dan lebih selesa untuk lakukan aktiviti permbersihan kan.

Boleh dapatkan di ⏩ Shopee | Lazada

Jadi itu anda antara barang yang anda perlu bawa sebelum pergi bantu mangsa membersihkan rumah akibat banjir.

BACA : Cara Mohon Bantuan One- Off Khusus Kepada Mangsa Banjir 2021

Selain itu, pakai pakaian yang sesuai seperti warna hitam dan selesa. Kebarangkalian untuk kotor pada baju anda sangatlah tinggi. Bawa ubat-ubatan berkaitan jika anda ada alergik atau apa-apa yang berkaitan.

Semoga semua mangsa-mangsa banjir dipermudahkan urusan bagi mengharungi ujian bencana alam ini hendaknya.

Post a Comment

Previous Post Next Post