Aplikasi Whatsapp tidak lagi berfungsi pada berjuta telefon pintar versi lama bermula hari ini, 1 November 2021 bagi kedua-dua sistem operasi iOS dan Android.
Ini bermakna, telefon tersebut tidak lagi menerima kemaskini keselamatan dan sokongan aplikasi yang pastinya akan menyebabkan pepijat (bugs) atau keselamatan data peribadi anda.
Jika anda menggunakan salah satu model telefon pintar yang terkesan ini dan mahu terus menggunakan Whatsapp, anda perlu update atau kemaskini sistem operasi smartphone tersebut.
Whatsapp akan berhenti berfungsi kepada lebih 40 jenis telefon pintar yang berada di luar sana.
Berdasarkan bahagian FAQ yang dipaparkan di website, pihak Whatsapp memberitahu, orang ramai perlu menggunakan telefon pintar sekurang-kurangnya menggunakan sistem Android versi 4.1 dan ke atas atau sistem iOS 10 sehingga yang terbaru.
Jika anda masih menggunakan sistem operasi yang lama seperti yang diumumkan, anda perlu kemaskini dengan segera. Tetapi ada sebahagian telefon pintar yang tidak lagi menyokong naik taraf OS terbaru.
Sebagai contoh, jika anda menggunakan iPhone 6, anda hanya perlu kemaskini kepada iOS yang terbaru sahaja. Tetapi jika anda masih menggunakan iPhone 4, tiada lagi kemaskini terbaru dan Whatsapp tidak lagi berfungsi.
Jika anda menggunakan sistem operasi Linux pada phone anda, perlu juga kemaskini sekurang-kurangnya kepada versi KaiOS 2.5.1.
Senarai Telefon Pintar Yang Tidak Lagi Menyokong Aplikasi Whatsapp
Berikut merupakan senarai model smartphone yang tidak lagi menyokong Whatsapp bermula hari ini.
Apple
iPhone SE (2016), 6S dan 6S Plus. Model-model ini perlu dikemaskini kepada iOS 15 untuk terus menggunakan Whatsapp
Model lama iPhone yang tidak dapat kemaskini kepada iOS 10, tidak lagi boleh menggunakan Whatsapp termasuk iPhone 4S
Samsung
The Samsung Galaxy Trend Lite, Galaxy Trend II, Galaxy S11, Galaxy S3 mini, Galaxy Xcover 2, Galaxy Core dan Galaxy Ace 2
LG
The LG Lucid 2, Optimus F7, Optimus F5, Optimus L3 II Dual, Optimus F5, Optimus L5, Optimus L5 II, Optimus L5 Dual, Optimus L3 II, Optimus L7, Optimus L7 II Dual, Optimus L7 II, Optimus F6, Enact , Optimus L4 II Dual, Optimus F3, Optimus L4 II, Optimus L2 II, Optimus Nitro HD and 4X HD, and Optimus F3Q.
ZTE
The ZTE Grand S Flex, ZTE V956, Grand X Quad V987 and Grand Memo.
Huawei
The Huawei Ascend G740, Ascend Mate, Ascend D Quad XL, Ascend D1 Quad XL, Ascend P1 S, and Ascend D2.
Sony
The Sony Xperia Miro, Sony Xperia Neo L, Xperia Arc S.
Model Lain
The Alcatel One Touch Evo 7, Archos 53 Platinum, HTC Desire 500, Caterpillar Cat B15, Wiko Cink Five, Wiko Darknight, Lenovo A820, UMi X2, Faea F1 and THL W8.
Apa Yang Perlu Dibuat?
Anda masih lagi boleh menggunakan telefon pintar tersebut tetapi aplikasi Whatsapp sahaja yang tidak boleh digunakan.
Tidak boleh tidak, anda perlu dapatkan telefon pintar yang baru mengikut bajet anda sendiri. Anda boleh tengok sini senarai telefon pintar bawah RM300, RM500, RM700 atau bawah RM1000.
sumber : metro