Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Untuk Tahun 2021

Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Untuk Tahun 2021

Program realiti nyanyian paling havoc di Malaysia kini kembali. Gegar Vaganza kini sudah memasuki musim ke-8 dan telah mengumumkan barisan peserta yang bertanding untuk tahun 2021.

Dengan tagline 'Bintang Kembali Menyengat', Gegar Vaganza 8 (GV8) menampilkan 13 barisan bintang yang terdiri daripada 6 penyanyi solo lelaki dan 5 penyanyi solo wanita beserta 2 peserta duo atau berkumpulan. 

Yang paling menarik sekali edisi kali ini, barisan peserta terdiri daripada 3 negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Mereka pastinya pernah menempa nama dalam industri seni hiburan suatu ketika dahulu.

Untuk musim ke-8 ini, sekali lagi Nabil Ahmad dan Jihan Muse akan mengemudi acara sebagai hos utama manakala Datuk Syafinaz, Datuk Ramli MS (Tok Ram) dan Hetty Koes Endang bertindak sebagai juri tetap.

Seperti biasa, markah kesemua peserta 100% adalah daripada juri tetap bersama-sama seorang juri jemputan yang akan mengadili setiap minggu. Peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu, akan disingkirkan.

Gegar Vaganza 8 akan bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu bermula 21 November 2021, setiap hari Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan Astro Go.


Barisan Peserta Gegar Vaganza 8 (GV8) Untuk Tahun 2021

Berikut merupakan senarai 13 barisan peserta untuk Gegar Vaganza 8:

  1. Aliff Aziz
  2. Adibah Noor
  3. Bandi Amuk
  4. Nikki
  5. Fazley Yaakob
  6. Suki
  7. Aweera
  8. Ani Maiyuni
  9. Shidee
  10. Saiful Apek & Yassin
  11. Azan Scan
  12. Nico
  13. Upiak Isil

Siapakah yang bakal bergelar Juara Gegar Vaganza 8 kali ni? Siapakah menjadi penyanyi favourite barisan juri? Saksikan Gegar Vaganza 8!

Post a Comment

Previous Post Next Post