Astro bawakan sebuah karya dengan genre seram bertajuk Ancak yang akan bersiaran pada 6 November 2021 untuk tontonan ramai di saluran Astro Citra melalui slot Citra Exclusive.
Ancak merupakan upacara ritual untuk berkomunikasi dengan alam ghaib erti kata lain dengan bahasa mudah adalah bagi makan hantu. Skrip untuk telefilam ini ditulis oleh Nell Hanan
Telefilem ini merupakan karya terbaru Eoon Shuhaini sebagai pengarah dengan menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Siti Saleha, Aleza Shadan, Aida Aris, Ameerul Asyraf, Rashdan Baba Ieka Zulkifli dan ramai lagi.
Telefilem Ancak terbitan Mache All Star United Sdn. Bhd. mengisahkan seorang gadis, Hanis (lakonan Siti Saleha) yang lemah semangat tetapi terpaksa berhadapan dengan gangguan mistik yang disebabkan oleh lesung batu pusaka neneknya.
Ianya juga petanda dia akan mewarisi kepada segala ilmu jahat milik arwah neneknya. Oleh sebab itu, dia terus diganggu oleh makhluk halus dan perlu memberanikan diri untuk berhadapan dengan gangguan tersebut.
Jangan lupa untuk saksikan telefilem Ancak pada hari Sabtu, 6 November ini jam 9.00 malam di Astro Citra (CH 108).
Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go untuk waktu yang lebih fleksibel.