Baru-baru ini Maybank telah mengumumkan kad debit edisi terbaru dengan gambar pemain Manchester United sempena sambutan 10 tahun kerjasama bersama pasukan bola sepak terbaik dunia tersebut.
Oleh itu, Maybank telah menawarkan 50,000 keping kad MyDebit Visa Limited Edition kepada semua pemegang kad debit Maybank sedia ada atau permohonan baru untuk dapatkan kad terbaru tersebut.
Anda boleh buat permohonan pertukaran kad tersebut sama ada secara walk-in di cawangan terpilih atau boleh mohon secara online dengan menggunakan Maybank2u. Pengguna baru perlu walk-in di cawangan Maybank
Kad edisi Manchester United tersebut didatangkan dengan warna putih dan memaparkan 3 pemain utama pasukan tersebut iaitu Cristiano Ronaldo, Jadon Sancho dan juga Paul Pogba dengan berlatarbelakangkan stadium Old Trafford
Cara Mohon Pertukaran Kad Debit Maybank
Cara pertama, anda boleh datang ke mana-mana cawangan Maybank seluruh Malaysia yang terpilih. Disebabkan ianya adalah edisi terhad, lebih baik anda hubungi dahulu pihak Maybank berdekatan dengan anda untuk pastikan mereka ada stok kad tersebut.
Jika ada, anda boleh buat permohonan pertukaran dengan harga RM12 sahaja. Jika sebelum ini, anda menggunakan kad gambar ceri, kini anda boleh dapat menggunakan kad Manchester United.
Untuk senarai cawangan Maybank yang terpilih, anda boleh lihat SINI
Selain itu, anda juga boleh mohon secara online menggunakan Maybank2u. Khusus untuk pelanggan sedia ada sahaja.
Akan tetapi, anda perlu tahu, sekiranya anda merupakan pemegan kad Ceri, anda mohon pertukaran secara online, anda akan dapat kad Ceri juga. Sebaliknya, permohonan kad Man Utd terbaru ini hanya khusus untuk pemegang kad Man Utd sedia ada sahaja. Baca sini.
Untuk memohon, anda login seperti biasa di Maybank2u Online Banking di www.maybank2u.com.my
Kemudian anda pergi 'Setting' > pilih Card dan tekan Manage Debit Card
Seterusnya anda pilih Replace Card > masukkan alamat penghantaran (rumah anda) > mohon TAC dan pilih Card Replaced.
Anda akan di caj RM12 terus menerusi akaun Maybank anda.
sumber gambar : BMU Malaysia [1] [2] [3]