Akhirnya, kini anda boleh upload gambar beserta video ke akaun Instagram anda terus melalui komputer. Ini adalah antara ciri terbaru yang diperkenalkan oleh Instagram kepada semua pengguna.
Pada awalnya, ciri terbaru ini mula diperkenalkan pada awal tahun ini tetapi hanya beberapa pengguna sahaja yang layak menggunakannya. Kini tidak lagi, apabila kemaskini terbaru ini tersedia untuk semua.
Instagram merupakan antara platform media sosial perkongsian gambar dan video terkenal di seluruh dunia dan tidak ketinggalan di Malaysia. Setiap orang pasti ada akaun Instagram disamping media sosial yang lain.
Disini anda boleh kongsikan gambar kenangan, perkongsian kehidupan seharian anda melalui inststory atau perkongsian video untuk tatapan orang ramai.
Sebelum ini, jika anda ingin upload gambar atau video, anda hanya boleh berbuat demikian menerusi aplikasi telefon pintar sahaja.
Manakala laman web Instagram tidak menyediakan ciri tersebut. Di laman web, anda boleh tengok, like serta komen sahaja.
Dengan kemaskini terbaru ini, pastinya gambar kenangan anda yang ada di komputer lebih mudah untuk dimuat-naik ke platform Instagram melalui laman web sahaja tanpa perlu menggunakan aplikasi di telefon pintar.
Cara Upload Gambar Ke Instagram Melalui Komputer
LANGKAH 1
Anda boleh guna mana-mana browser internet seperti chrome atau, firefox atau microsoft edge dan buka laman web Instagram www.instagram.com
LANGKAH 2
Kemudian anda perlu Login seperti biasa menggunakan username atau email beserta password.
LANGKAH 3
Untuk upload, anda cari butang CREATE pada bahagian atas dengan ikon [+]. Klik pada ikon tersebut
LANGKAH 4
Anda boleh mula upload dengan klik pada 'Select from computer' atau anda drag n drop sahaja mana-mana gambar atau video terus masuk ke instagram.
Kesemua ciri seperti crop, filter, adjustment ada disediakan sama seperti di aplikasi Instagram. Akhir sekali, anda masukkan caption dan klik Share
Tadaa! Jadi selepas ini, jika ada gambar-gambar menarik dalam komputer anda, tidak perlu lagi masuk ke telefon dan upload melalui aplikasi, sebaliknya boleh terus upload ke Instagram menerusi komputer. Lebih mudah!