Antara langkah pencegahan penularan Covid-19 adalah penjarakan fizikal (sosial-distancing) dalam apa jua keadaan termasuklah ketika menunaikan solat di masjid atau surau.
Di Malaysia juga, SOP ini diguna pakai ketika melakukan solat jemaah. Para jemaah tidak dibenarkan untuk solat rapat-rapat kerana khuatir jangkitan wabak akan lebih mudah tersebar.
Bukan sahaja disini bahkan di Mekah pun menggunakan SOP yang sama iaitu di Masjidil Haram. Para jemaah melakukan solat beramai-ramai dengan mengikuti tanda yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 1 meter jarak.
SOP ini telah diguna pakai setahun lebih sejak pandemik Covid-19 melanda negara dan dunia pada tahun 2019 dan menular ke seluruh dunia sehingga ke hari ini.
Akan tetapi, kini dari hari ke hari sepertinya kes penularan global menunjukkan penurunan apabila vaksin Covid-19 telah berjaya dihasilkan. Antara ikhtiar bagi mengekang penularan jangkitan dan kematian akibat virus tersebut.
Oleh itu, banyak sekatan yang semakin hari semakin dilonggarkan dan orang ramai boleh hidup seperti sedia kala. Sekatan ini juga termasuklah yang kini berlaku di Masjidil Haram.
Melalui video yang dikongsikan oleh akaun twitter Haramain, pekerja masjidil haram sedang giat mencabut kesemua tanda penjarakan solat di masjid tersebut.
The workers at Masjid Al Haram were removing floor markings earlier today that were used to ensure there was social distancing between those who congregated for prayers. pic.twitter.com/liKXfc3OHN
— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) October 16, 2021
Ini menunjukkan pihak berkuasa Arab Saudi kini telah membenarkan para jemaah solat seperti biasa dimana saf solat rapat bertemu bahu antara jemaah yang lain di Masjidil Haram.
Buat pertama kalinya kelonggaran ini terpakai ketika Solat Subuh. Ianya menampakkan para jemaah solat solat seperti biasa, tiada lagi penjarakan antara yang lain.
Imam juga kini kembali menyeru dalam awal solatnya 'luruskan saf dan rapatkan saf'
Alhamdulillah... Semoga tiada lagi kes jangkitan dan di Malaysia juga boleh solat jemaah seperti biasa.