Resepi Dan Cara Buat Cendol Confirm Sedap Dan Sesuai Dinikmati Dikala Musim Panas

Resepi Dan Cara Buat Cendol

Cendol antara juadah pencuci mulut yang sesuai dimakan dikala musim panas kerana kenikmatan rasa sejuk apabila dimakan sekali dengan ais batu.

Ianya juga sesuai dihidangkan untuk juada pencuci mulut apabila selesai santapan juadah utama terutamanya apabila ketika waktu makan tengah hari.

Biasa kita lihat, ianya banyak dijual ditepi-tepi jalan. Jadi apa kata kali ini, kita buat sendiri sahaja cendol ini dengan resepi dan bahan yang dikongsikan disini.

Cara Buat Dan Resepi Cendol Lembut Dan Sedap

Terdapat 2 perkara yang perlu disediakan untuk juadah cendol ini iaitu cendol itu sendiri dan juga air cendolnya.

Cendol

Bahan-Bahan

  • 5 sudu makan tepung beras (beli sini)
  • 1 sudu makan tepung gandum (beli sini)
  • 1 sudu makan tepung pulut (beli sini)
  • 10 helai daun pandan yang diblend (ambil air sahaja)


Cara-Caranya

1)  Campur kesemua tepung kedalam satu mangkuk. Kemudian masukkan air pandas sedikit demi sedikit. Gaulkan semuanya sehingga tidak melekat pada tangan

2)  Panaskan periuk bersama dengan air tapis atau air masak

3)  Sambil menunggu air mendidih, ambil plastik putih yang macam kedai guna untuk bungkus sup. Ambil gunting, guntung bucu plastik tersebut (sikit sahaja). Untuk acuan cendol

4)  Masukkan semua bahan-bahan yang sudah digaul tadi kedalam plastik. Bila air dan mendidih. Tekan cendol itu keluar. Terserah untuk panjang mana nak tekan. Bila cendol dan kembang dan masak.

5)  Sediakan semangkuk air masak yang dah sejuk. Angkat dan toskan cendol lepas tu masukkan ia kedalam mangkuk yang ada air sejuk tu. Siap cendol

Air Cendol

Bahan-Bahan

  • 1 kotak santan segar (santan pekat) - 2 kotak jika guna santan cair
  • 1 cawan air masak
  • Gula merah secukup rasa
  • 1 sudu kecil garam

Cara-Caranya

1)  Panaskan periuk. Masukkan santan dan air masak kedalam periuk tersebut

2)  Masukkan garam dan gula merah mengikut selera anda (Kalau tak nak manis sangat, kurangkan gula)

3)  Bila dan mendidih tutup api

4)  Tuangkan kedalam 1 jag besar. Campurkan kesemuanya sekali termasuk cendol yang anda buat tadi

5)  Jangan lupa masukkan ais batu sekali. Baru sedai diminum sejuk-sejukkan


Selamat mencubaa...

kredit : harmoni official

Post a Comment

Previous Post Next Post