Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

Jika anda rasa barang yang anda beli melalui Shopee tidak memuaskan dan serta anda terima dalam keadaan yang tidak baik, anda boleh pulang dan refund duit anda.

Selain itu, mungkin ketika anda beli barang tersebut ada yang rosak atau kuantiti tidak mencukupi atau anda dapat barang yang lain seperti yang dipesan, anda return dan refund sahaja.

Shopee ada menyediakan 'Return & Refund' bagi pelanggan yang menerima barang dalam keadaan tidak memuaskan untuk tempoh yang tertentu.

Adalah lebih baik, sekiranya sejuru menerima barangan daripada kurier, buat semakan terperinci terhadap barang tersebut. Tengok ada terkoyak ke, rosak ke, patah atau sebagainya. Jika ada, cepat-cepat mohon refund daripada seller.

Jadi sekiranya anda mengalami masalah ini, anda boleh ikuti langkah dibawah cara untuk return atau pulang barang kepada seller dan menerima pulangan wang atau refund

Cara Return And Refund Barang Melalui Shopee

Ketika anda ingin pulang barang tersebut, pemilihan syarikat kurier adalah bergantung kepada pilihan sedia ada. Mungkin ada yang menggunakan Poslaju atau J&T Express dan sebagainya.

Untuk tutorial kali ini, sekiranya anda menerima pilihan pemulangan barang menggunakan kurier J&T Express sahaja. Yang penting, return barang tersebut adalah PERCUMA

Yang paling penting, jangan klik pada 'ORDER RECIEVED' terlebih dahulu. Sekiranya sudah tekan, mungkin untuk pulang barang, anda perlu bayar

LANGKAH 1

Sekiranya anda pasti, barang tersebut rosak. Buka aplikasi Shopee dan klik pada barang anda tersebut pada ruang 'To Receive'. Kemudian tekan pada Return/Refund

Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

LANGKAH 2

Disini anda perlu buat beberap perkara iaitu :

  1. Pilih Reason atau sebab berkaitan
  2. Letakkan gambar yang menunjukkan atau bahagian barang tersebut rosak
  3. Penerangan ringkas pada bahagian Description
  4. Solution : Return and Refund
  5. Sertakan juga alamat emel

Jika sudah lengkap semua, pilih jenis kurier untuk bahagian Shipping Option. Disini anda pilih J&T Express untuk return secara percuma. 

Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

Jika sudah lengkap semua, klik 'Submit'

LANGKAH 3

Jika sudah berjaya, tunggu seller respond berkaitan Return & Refund tersebut. Seperti contoh seller Decathlon, anda akan diberikan jawapan serta merta untuk return barang.

Jika sudah berjaya, anda boleh klik pada bahagian 'View Instructions' untuk lihat cara untuk return barang di J&T Express. Anda akan diberikan satu 'Return Label atau barcode' untuk proses drop off

Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

LANGKAH 4

Anda bungkus cantik-cantik barang tersebut atau anda bawa sahaja di cawangan J&T Express terdekat bersama-sama screenshot barcode tersebut. Bungkus di sana.

Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

Anda pergi ke kaunter dan bagi tahu anda ingin buat proses return Shopee. Bagi pada Staff J&T tersebut dan mereka akan scan barcode tersebut dan selesai.

Jadi anda perlu tunggu sahaja barang tersebut sampai ke seller dan sekiranya sudah sampai, seller akan refund duit anda dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak Shopee. Refund tersebut akan masuk ke dalam ShopeePay anda.

Cara Return Dan Refund Barang Shopee Melalui Jnt Express (Decathlon)

Ini contoh return dan refund barangan Decathlon yang berharga RM14.25 sahaja. Dah return barang dan dah dapat refund.

Post a Comment

Previous Post Next Post