Antara fitur penting yang ada pada platform twitter atau mana-mana platform media sosial adalah pengikut atau followers. Ianya mereka yang mengikuti akaun anda untuk ketahui apa-apa update daripada anda.
Jika anda follow sesebuah akaun twitter sekali gus anda akan tahu segala twit yang dihantar oleh akaun tersebut yang mana twitnya akan berada dalam timeline anda.
Tujuan kita follow sesebuah akaun twitter mungkin untuk ketahui setiap kemaskini terbaru atau update terbaru yang dikongsikan setiap masa.
Dengan pengikut atau followers ini juga, kita dapat menaikkan enggagment setiap twi yang kita lontarkan. Sesuai jika kita berniaga atau menjadi seorang influencers.
Semakin ramai followers, semakin baiklah enggagment dan jika anda berniaga, mungkin ramai lah potential customer untuk beli barang kita.
Tapi kadang-kadang ada juga followers yang mengikuti kita dengan tujuan yang tidak baik. Mungkin untuk menjatuhkan kita, mungkin untuk hentam atau cyberbully kita dan macam-macam lagi.
Jadi bagi mengelakkan perkara tersebut, kita boleh block mereka. Oleh, mereka sekali-kali tidak akan muncul lagi dari mana-mana bahagian timeline twitter kita. Yang di block juga tidak akan tahu apa yang kita twit selama-lamanya.
Tapi mungkin rasa macam kejam sangat untuk block seseorang kan. Sebenarnya ada cara kedua yang juga cara terbaru diperkenalkan oleh twitter untuk memastikan tiada followers sedemikian tanpa mereka di block.
Twitter telah memperkenalkan ciri 'Remove Follower'. Dengan cara ini, followers tersebut tidak akan sedar mereka dibuang daripada senarai following anda.
Dengan itu. segala tweet atau ciapan anda tidak akan keluar dalam timeline mereka sehinggalah mereka follow semula.
Cara Remove Followers Tanpa Perlu Di Block
Cara ini, anda boleh remove followers tersebut tanpa perlu block mereka. Setakat ini, anda boleh lakukan hanya menggunakan website twitter sahaja iaitu di www.twitter.com
Kemudian pergi ke profile anda dan klik pada following (mereka yang menjadi followers anda).
Seterusnya cari followers yang anda rasa annoying dan klik pada 3 titik dan pilih 'Remove this follower'. Setel masalah
Jadi follower tersebut tidak di block tetap hanya di remove sahaja tanpa mereka sedari.