Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik

Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik

Pernah tak anda terfikir atau pernah tak anda kira-kira sejak dari mula anda install Shopee, sudah berapa banyak anda telah berbelanja atau shopping menerusi aplikasi tersebut?

Rasanya sekarang ni antara aplikasi wajib ada dalam setiap telefon pintar adalah Shopee. Selain bunyi deringan ringtone, pasti juga kita acap kali dengar notification berbunyi 'Shopeeee' dimana-mana sahaja termasuk smartphone anda.

Dengan aplikasi ini, kita dapat buat pembelian secara online dimana-mana sahaja dengan pelbagai barangan boleh didapati seperti pakaian, makanan, minuman, barangan rumah, barangan mandi, keperluang harian, baucer dan banyak lagi.

Ianya memberikan kita pelbagai pilihan dengan tawaran harga murah, berpatutan dan mahal kena dengan kualiti yang disediakan. Jika sudah buat pembelian, tunggu sahaja barang tersebut di pos terus ke depan pintu rumah anda.

Jadi setiap hari, setiap minggu, setiap bulan pastinya akan ada transaksi belian yang kita lakukan. Tambahan lagi bila Shopee sendiri buat tawaran istimewa dikala Raya, CNY, 9.9, 12.12 dan macam-macam lagi.

Kesemua transaksi belian anda ini, semua direkodkan oleh Shopee dan anda boleh lihat kembali kesemua sejarah pembelian anda sejak dari mula hingga yang terbaru. 

Tetapi anda ada terfikir tak, agak-agak berapa banyak dah anda buat pembelian di Shopee? Ada sampai RM100, RM1000 atau sehingga RM10,000? Nak kira satu-satu boleh, tapi pastinya mengambil masa yang lama.

Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk kita semua kira perbelanjaan anda di Shopee secara automatik seperti yang dikongsikan oleh pengguna twitter @faizedzahar.

Cara Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik

Method ini bukanlah daripada Shopee sendiri, tetapi ianya dihasilkan oleh rakyat Malaysia sendiri iaitu Ahmad Saiful Bahri dengan menghasilkan javascript bagi mengira total spent di Shopee.

Anda hanya boleh lakukan cara ini dengan menggunakan laptop atau komputer anda sahaja. Tak boleh buat di telefon bimbit. Kaedah ini dijalankan menggunaan Google Chrome

LANGKAH 1

Buka URL github https://github.com/epool86/calculateshopee/blob/main/calculate.js

LANGKAH 2

Kemudian 'copy' semua code yang disediakan dengan klik pada butang yang dibulatkan seperti dalam gambar

Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik

LANGKAH 3

Buka Shopee di komputer anda (KLIK SINI) dan perlu login sepert biasa terlebih dahulu

LANGKAH 4

Kemudian 'right-click' mouse anda pada mana-mana halaman di Shopee > klik Inspect

Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik

LANGKAH 5

Seterusnya, anda pergi pada bahagian Console dan pada bahagian bawah sekali, 'paste' kod yang anda copy tadi di github dan tekan Enter

Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik

Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik












LANGKAH 6

Kod tersebut akan run dan mengira kesemua perbelanjaan anda di Shopee secara automatik untuk beberapa saat. Jika sudah siap, jumlah akan dikeluarkan sehingga terpapar Calculation Completed

Cara Mudah Untuk Anda Kira Semua Perbelanjaan Di Shopee Secara Automatik








Akan dipaparkan grand total semua yang anda pernah belanja di Shopee sejak dari mula anda belanja beserta jumlah item. Admin punya lebih RM28k weh! Apebanda la yang dibelinya

Jumlah ini hanya kirakan order yang sudah complete sahaja. Order to ship, to receive tidak dikira. Selain itu, jika ada beberapa item dalam satu order, hanya dikira untuk item pertama sahaja

Harap perkongsian ini membantu.

Post a Comment

Previous Post Next Post