Sama seperti ketika upacara pembukaan, Astro sekali lagi akan bawakan secara langsung bagi upacara penutup pula Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Kontinjen Malaysia telah beraksi dengan cemerlang pada edisi kali ini selepas berjaya peroleh 3 pingat emas seperti yang disasarkan dengan tambahan 2 pingat perak (5 pingat kesemuanya).
Tahniah kepada Bonnie Bunyau, Abdul Latif Romly dan Cheah Liek Hou yang membawa pulang pingat emas manakala pingat perak dimenangi atlet Jong Yee Khie dan Chew Wei Lun.
Tahniah juga diucapkan kepada kesemua 22 atlet yang telah beraksi pada acara masing-masing sepanjang temasya Paralimpik Tokyo 2020. Anda semua telah lakukan yang terbaik untuk negara.
Pastinya edisi kali ini tidak akan boleh dilupakan kerana beberapa keputusan kontroversi telah berlaku tetapi ianya tidak melemahkan atlet kita untuk terus berjuang hingga ke hari terakhir.
Mungkin hero Malaysia ini akan bangkit dan kembali untuk edisi Paris 2024 bagi sekali membuktikan merekalah jaguh dan juara dunia.
Saksikan Upacara Penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020
Jadi jangan lupa untuk saksikan beramai-ramai upacara penutup Sukan Paralimpik Tokyo 2020 secara langsung (live) pada 5 September 2021, hari Ahad jam 7.00 malam di Astro Arena (CH 801) dan Astro Supersport (CH 813) serta menerusi Astro Go.
Bagi yang tiada Astro, anda boleh saksikan secara online di Youtube Paralympic Games di hari dan waktu yang sama.