Remaja berusia 12 hingga 17 tahun kini boleh menerima suntikan vaksin Covid-19 secara walk-in bermula 23 September 2021 yang melibatkan 156 PPV seluruh negara.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja telah dimulakan secara rasmi pada 20 September yang lalu dengan mensasarkan 3.2 juta golongan remaja (12-17 tahun).
Langkah ini sebagai persediaan pembukaan sekolah bagi memastikan risiko jangkitan di sekolah dapat dikurangkan, sekaligus mencegah kejadian kluster dan kes dalam kalangan warga sekolah.
Seperti kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Noor Azmi, setakat 20 September, KKM melaporkan seramai 308,186 remaja telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 yang melibatkan negeri Sabah, Sarawak, Kedah, Kelantan, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 21, 2021
PICK-Remaja secara walk-in berjadual akan bermula Khamis, 23 Sept di 156 PPV seluruh negara.
Vaksinasi secara walk-in melibatkan semua remaja termasuk remaja yang tidak bersekolah.
Kenyataan penuh YB Dato' @DrNoorAzmi pic.twitter.com/0DYuMCLIVR
Kementeri Kesihatan Malaysia memaklumkan juga bagi remaja yang menduduki peperiksaan utama yang bersekolah di sekolah sekolah asrama penuh atau asrama harian, janji temu dos pertama vaksin akan diberikan di klinik atau sekolah yang berhampiran, manakala dos kedua akan diberi di sekolah.
Selain itu, remaja yang komorbid perlu mendapatkan vaksinasi di hospital atau klinik kesihatan yang merawat mereka.
Manakala remaja yang gagal hadir semasa janji temu di sekolah, akan diberi janji temu di klinik kesihatan swasta yang berdekatan melalui aplikasi MySejahtera.
PICK Remaja Secara Walk-In
Bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pemberian vaksin, CITF dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan kaedah secara walk-in berjadual.
Sehubungan itu, CITF-A telah mengenalpasti 156 PPV Awam dan Integrasi di seluruh negara. Pemberian vaksin PICK-Remaja secara walk-in PPV terpilih ini hanya akan bermula pada 23 September 2021 melibatkan semua kategori remaja termasuk mereka yang tidak bersekolah.
Manakala bagi remaja yang telah mendapat tarikh vaksinasi di PPV sekolah, kumpulan pelajar ini perlu mengekalkan janji temu sedia ada yang telah ditetapkan dan tidak dibenarkan walk-in di PPV Awam atau Integrasi.
Sebagai langkah mengelakkan kesesakan di PPV, hanya salah seorang ibu atau bapa atau penjaga dibenarkan menemani remaja untuk tujuan vaksinasi.