Cara Mohon Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Permohonan Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Berita baik kepada semua. Permohonan secara dalam talian bagi Rumah IKRAM Keluarga Malaysia kini dibuka. Permohonan boleh dibuat melalui link atau pautan disediakan dibawah.

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini merupakan inisiatif Kerajaan bagi penyediaan kediaman yang berdaya huni dan selamat khusus kepada Keluarga Malaysia yang terkesan dan kehilangan tempat berteduh kesan pandemik Covid-19.

Dalam situasi tersebut, terdapat kesan seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan serta kehilangan pekerjaan sehingga tidak mampu membayar sewa yang tinggi, dihalau keluar dari rumah sewa dan sebagainya.

Antara tujuan utama Rumah IKRAM Keluarga Malaysia ini adalah :

  • Memberikan perlindungan melalui penyediaan kediaman yang selesa dan selamat kepada rakyat
  • Menyediakan sewaan yang percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh rakyat.

Lokasi Dan Projek Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Projek dan lokasi seluruh Malaysia yang terlibat adalah seperti berikut :

  • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
  • PPR Lembah Subang 2, Selangor
  • PPR Amanjaya, Kedah
  • PPR Kota Setar, Kedah
  • PPR Sinar Intan 3, Kedah
  • PPR Kota Bharu, Kelantan
  • PPR Gua Musang, Kelantan
  • PPR Sg. Melana 2, Johor

Anda boleh lihat lokasi dan projek Rumah IKRAM Keluarga Malaysia DISINI

Lokasi Dan Projek Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

PPR ini berada di bandar-bandar besar serta jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat. Manakala di kawasan pinggir bandar adalah adalah jenis rumah teres dengan keluasan tidak kurang daripada 700 kaki persegi

Setiap unit dibina dengan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air. Antara kemudahan asas yang disediakan seperti :

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Syarat-Syart Permohonan

Rumah IKRAM Keluarga Malaysia dikhususkan kepada golongan B40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan memenuhi syarat-syarat seperti dibawah:

  • Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
  • Pemohon berumur 18 tahun dan keatas
  • Tidak memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah atau seumpamanya
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan

Cara Mohon Rumah IKRAM Keluarga Malaysia

Permohonan kini dibuka sehingga suatu tarikh tutup yang akan diumumkan kelak. Jika layak, anda boleh mula mohon dengan cara dibawah:

1)  Layari portal Teduh KPKT (teduh.kpkt.gov.my) dan daftar akaun SPRN DISINI

2)  Jika sudah daftar, log masuk ke akaun SPRN

3)  Pilih Skim Rumah IKRAM KPKT

4)  Lengkapkan maklumat pemohon

5)  Pilih Projek Rumah IKRAM KPKT

6)  Muat naik dokumen sokongan

7)  Pengesahan & hantar permohonan

Jika ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi hotline Jabatan Perumahan Negara (JPN), KPKT di talian 03-8891 4475. Boleh juga emel di teduh@kpkt.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post