Minggu ini, Astro bawakan kembali drama Racun Suami Jahanam untuk slot Citra Exclusive yang akan disiarkan pada 11 September 2021 di Astro Citra.
Sebenarnya telefilem ini merupakan drama ulang siar. Ianya pernah dimainkan pada tahun 2020 juga menerusi slot dan siaran yang sama.
Racun Suami Jahanam merupakan telefilem arahan Michael Ang dan diterbitkan oleh dibawah syarikat penerbitan Juita Video Sdn. Bhd.
Antara barisan pelakon utama ialah Mimi Lana dan Ben Amir. Mereka dibantu oleh Riz Amin, Scha Alyahya, Faizul, Kak Ema dan ramai lagi.
Sinopsis Telefilem Racun Suami Jahanam
Telemovie Racun Suami Jahanam mengisahkan tentan Suraya (Mimi Lana) seorang gadis kampung yang cantik tetapi tidak berpelajaran tinggi.
Suraya telah mengahwini seorang lelaki, Hasrul (Riz Amin) yang merupakan seorang pemandu lori yang tinggal di bandar.
Krisis bermula apabila Hasrul mengajak isterinya, Suraya tinggal di bandar dan ketika itulah perangan sebenar suaminya diketahui.
Suaminya sanggup memaksa Suraya untuk bekerja di kelab malam dengan memakai pakaian seksi, buka tudung dan sehingga sanggup memaksanya minum arak dan menjadi pelacur.
Dalam masa yang sama Suraya mula berkawan dengan Maria (Scha Alyahya) yang merupakan teman baiknya yang sanggup mendengar segala luahan perasaan.
Selain itu, Suraya juga mengenali seorang lelaki bernama Rizal (Ben Amir) dan akhirnya mereka jatuh cinta dan Rizal berjanji untuk mengeluarkannya daripada tempat gelap tersebut.
Sekali lagi, Suraya dipermainkan dan kali ini oleh Rizal pula apabila dia mula menunjukkan perangainya yang sebenar dengan mengaku hanya mempergunakan Suraya sahaja.
Suraya tertekan dan akhirnya cuba untuk bunuh diri. Tetapi berjaya diselamatkan oleh Maria dan mereka berdua berpakat untuk membalas dendam. Apa kesudahannya?
Waktu Siaran
Telemovie Racun Suami Jahanam akan ditayangkan pada 11 September ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive di Astro Citra.
Selain itu, anda juga boleh tonton secara online di Astro Go atau menerusi On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.