Pembayaran GKP 4.0 Akan Dibuat 2 Kali Iaitu September & November

Pembayaran GKP 4.0 Akan Dibuat 2 Kali Iaitu September & November

Perdana Menteri telah mengumumkan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan dibuat dua kali iaitu pada September 2021 sebanyak RM500 dan November 2021 (RM500).

Bantuan khusus bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro ini adalah diumumkan dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini dengan nilai keseluruhan adalah sebanyak RM1000.

Geran Khas Prihatin, GKP 4.0 adalah melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baru GKP 4.0, dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri.

Bantuan kali ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta PKS mikro, bagi meringankan beban kewangan mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Cara Buat Semakan Kelulusan GKP 4.0

Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP bermula 21 September 2021. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 20 September 2021 melalui portal GKP atau klik link dibawah

KLIK SINI/button

Bantuan ini pastinya dapat menggerak dan memulihkan kembali sektor PKS yang merupakan enjin pertumbuhan ekonomi Keluarga Malaysia.

Semoga dengan bantuan ini, peniaga kecil seperti pemilik gerak makanan, kedai gunting rambut, bengkel dan kedai kek dapat mengurangkan beban dan membantu aliran tunai


Post a Comment

Previous Post Next Post