Perdana Menteri, Dato' Ismail Sabri hari ini mengumumkan kelonggaran SOP Fasa 1 untuk industri kreatif dan antaranya adalah kebenaran panggung wayang beroperasi semula bermula 9 September 2021.
Keputusan ini dibuat selepas membuat perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).
📌Kerajaan umum kelonggaran SOP Fasa Satu bagi penggiat industri kreatif lengkap dos vaksin COVID-19 mulai 9 Sept
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 7, 2021
📌Lengkap vaksinasi: Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman, siaran langsung dibenarkan mulai 9 Sept
Sumber: PM @IsmailSabri60 pic.twitter.com/vmwqeqvXyw
Kelonggaran ini adalah tertakluk kepada syarat SOP yang diluluskan oleh MKN, termasuk hanya kepada penggiat, pekerja dan pengguna yang sudah menerima 2 dos lengkap vaksin Covid-19 serta kapasiti ruang premis yang dibenarkan.
Aktiviti panggung wayang dibenarkan kepada individu yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti 50% di ruang dewan tayangan pawagam.
Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti lin yang dibenarkan untuk kembali bergiat di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN mulai 9 September 2021 ini, antaranya :
1) Pembangunan dan penyiaran kandungan kreatif secara rakaman atau siaran langsung
2) Penyiaran secara rakaman atau siaran langsung berbentuk penyampaian maklumat dan hiburan dengan kehadiran penonton yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti penonton 30% di ruang studio
3) Penggambaraan industri kreatif di dalam dan di luar studio kepada individu yang telah lengkap vaksin
4) Indoor busking kepada individu yang telah lengkap vaksin
5) Persembahan di lounge hotel kepada individu yang telah lengkap vaksin
6) Aktiviti persembahan langsung seperti seni teater, muzikal, muzik dan komedi (secara pra-daftar) dengan penonton yang telah lengkap vaksin serta kapasiti penonton 30% di ruang premis
7) Aktiviti pamera seni di dewan pameran, muzium dan galeri seni (secara temu janji) dengan pengunjung yang telah lengkap vaksin dengan kapasiti pengunjung 30% di ruang premis.
Kelonggaran ini pastinya akan memberi kelegaan kepada lebih 19,000 syarikat industri kreatif.
Jom tengok wayang...