Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah menetapkan harga siling bagi Kit Ujian Pantas Antigen Covid-19 (Ujian Kendiri) adalah RM19.90 untuk harga runcit dan RM16.00 untuk harga borong.
Keputusan ini telah dibuat atas kerjasama KKM bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan menetapkan harga siling terset.
Pemakluman ini juga dibuat oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin menerusi akaun twitter beliau mengatakan harga siling yang ditetapkan ini akan berkuatkuasa bermula 5 September 2021.
We have set the ceiling price for COVID rapid test kits at RM19.90 for retail and RM16 for wholesale. We will also be exploring bulk purchase options to drive the price down further & also look at providing feee kits for B40 families. @KKMPutrajaya @kpdnhep
— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) September 2, 2021
Selain itu, beliau menambah, Covid Rapid Test Kits ini juga akan diluaskan kepada keluarga B40 dengan memberikannya secara percuma.
Jika sebelum harga siling ditetapkan, orang ramai perlu membayar sehingga RM39.90 untuk dapatkan Self Test Kit Covid-19. Pastinya akan membebankan pengguna terutamanya golongan B40.
Setakat 1 September 2021, pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA) telah meluluskan 14 jenis Kit Ujian Pantas Covid-19 seperti senarai dibawah. Senarai ini berdasarkan maklumat di portal MDA
Jadi jika anda ingin dapatkan kit ujian selepas ini, pastikan ianya sudah lulus MDA. Boleh beli di farmasi dan klinik kesihatan yang berlesen sahaja