Cara Padam Akaun MySejahtera Yang Tidak Aktif Lagi

Cara Padam Akan MySejahtera Yang Tidak Aktif Lagi

MySejahtera antara aplikasi yang paling penting ketika ini terutamanya musim pandemik. Ianya digunakan sebagai tracing tools jika ada berlaku apa-apa penularan, kita akan diberitahu.

Dalam aplikasi MySejatera tersebut, perkara paling penting adalah nombor telefon atau emel beserta nombor kad pengenalan. Ini merupakan unik identiti kepada setiap individu yang menggunakan MySejahtera.

Tapi mungkin ada antara kita menghadapi masalah dimana akaun MySejatera kita tidak lagi boleh digunakan mungkin kerana nombor telefon atau emel tidak aktif atau mungkin boleh jadi telefon hilang.

Tidak boleh tidak, anda kena buat akaun baru. Tetapi dengan syarat, anda perlu padam atau delete akaun MySejahtera yang lama dan kemudian baru aktifkan akaun baru dengan menggunakan nombor telefon yang baru.

Seorang pengguna facebook, Jesselton Sabah ada kongsikan cara padamkan akaun MySejahtera yang lama dimana mungkin nombor telefon tidak aktif atau emel yang tidak aktif atau mungkin telefon anda hilang.

Boleh rujuk cara, langkah dan tutorial yang disediakan dibawah

Cara Padam Akaun MySejahtera

Langkah ini hanya boleh dilakukan di web browser sahaja seperti Chrome dan jangan sesekali bukan menerusi aplikasi MySejahtera.

Untuk padam akaun MySejahtera, anda perlu menggunakan perkhidmatan MySejahtera Helpdesk. Disini juga terdapat pelbagai jawapan bagi apa-apa masalah yang dihadapi berkaitan MySejahtera.

Layari MySejahtera Helpdesk di mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ kemudian ikuti segala langkah seperti dalam gambar dibawah

Cara Padam Akaun MySejahtera

Pilih C untuk 'memadam akaun saya' > dan G 'saya ingin memadamkan akaun saya'

Cara Padam Akaun MySejahtera

Disini anda perlu masukkan nombor telefon lama atau emel yang digunakan pada aplikasi MySejatera sebelum ini.

Kemudian masukkan alamat emel untuk dihubungi

Cara Padam Akaun MySejahtera

Selesai. Anda akan menerima emel yang mengatakan ID MySejahter anda telah berjaya dipadamkan

Cara Padam Akaun MySejahtera

Daftar semula akaun MySejatera yang baru seperti biasa dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang sama. Hanya ID pengguna sahaja yang baru (no. telefon atau emel)

Kemudian pergi ke halaman utama dalam aplikasi MySejahtera > 'Covid-19 Vaccination' > klik pada 'Vaccine for...'

Cara Padam Akaun MySejahtera

Akan dipaparkan semula butiran diri anda dalam bahagian My Details. Pastikan semua ejaan betul. Jika ada salah, klik butang 'Edit'

Kemudian jawab soalan berkaitan kesihatan diri. Jika sudah siap klik Submit. Selesai! Thank You

Cara Padam Akaun MySejahtera

Semua maklumat dalam MySejahtera yang lama telah dipindahkan ke dalam MySejatera yang baru. Setel.

Cara Padam Akaun MySejahtera


sumber asal : Siti Nur Zulaikha

Post a Comment

Previous Post Next Post