Anda mungkin tiada barangan untuk dijual di Shopee tetapi anda mempunyai bakat melukis jadi anda bercadang untuk menjual lukisan potret.
Tapi anda terfikir biasanya jika berniaga di Shopee, anda perlu print Airway Bill (AWB) yang dilakukan secara automatik dan hantar barang ke J&T, Pos Laju dan sebagainya, tapi anda tak pos barang pun. Macam mana?
Anda ingin menjual lukisan digital anda yan hanya sekadar penghantaran menggunakan emel sahaja dengan format gambar dan sebagainya. Seperti contoh seller draw_anything, azfarsyazz, gojimat dan sebagainya
Sebenarnya ada cara Shopee sediakan untuk seller iaitu menerusi saluran Penghantaran Non-Shopee Supported Logistics Shipping (Non-SSL).
Kaedah ini jika anda mempunyai pembekal perkhidmatan logistik sendiri atau tidak membuat sebarang delivery. Ini kerana anda tidak akan mencetak AWB dari Seller Centre.
BACA : Cara Terbaru Daftar Dan Menjual Di Shopee Untuk Tahun 2021
Disebabkan itu, pengiraan penghantaran perlu dimasukkan secara manual ke dalam sistem jika anda ingin kenakan caj tambahan terhadap lukisan anda tersebut. Jika tidak, biarkan sahaja kosong.
Jadi bagaimana cara untuk memohon saluran Non-SSL ini?
Cara Mohon Saluran Non-Shopee Supported Logistics Shipping (Non-SSL)
Untuk permulaan, anda perlu buat permohonan Non-SSl melalui borang DISINI.
Jika sudah diluluskan, barulah anda boleh pilih pada saluran Non-SSL pada 'More shiping Options' ketika buat produk placement di dalam Shopee.
Anda boleh pilih untuk on kan Others (West Malaysia) dan Others (East Malaysia).
Siapakah Yang Sepatutnya Menggunakan Non-SSL (Shipping Others)?
Sebaiknya anda menggunakan saluran Non-SSL apabila :
- Anda ingin post atau hantar dengan penghantaran sendiri
- Anda menggunakan penghantaran lain (selain J&T, Pos Laju, DHL...) kerana anda menjual barang besar, barang segar, barang mudah rosak atau jenis produk yang tidak menyokong SSL Shopee
- Anda menjual produk digital seperti lukisan, potret, kaligrafi, tiket, baucer yang tidak perlukan penghantaran. Hanya sekadar email sahaja.
Jadi selepas ini, jika anda ada bakat melukis, boleh apply Non-SSL dan mula menjual di Shopee.
Nak tahu lebih lanjut panduan bisnes Shopee secara keseluruhan, anda boleh dapatkan panduan penuh dibawah dengan klik pada gambar.
Ianya akan ajar anda secara terperinci cara bisnes di Shopee dengan panduan bergambar.