Ini Senarai PPV Lembah Klang Untuk Anda Walk-In Bagi Dapatkan Vaksin Covid-19

Ini Senarai PPV Lembah Klang Untuk Anda Walk-In Bagi Dapatkan Vaksin Covid-19

Kadar vaksinasi negara semakin hari semakin baik terutamanya di kawasan Lembah Klang seperti yang dilaporkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Setakat 21 Ogos sahaja, sebanyak 469,690 pemberian dos 1 dan dos 2 telah dibuat dan kini kawasan Lembah Klang sahaja sudah 107.7% sudah menerima dos 1 dan 81.3% sudah menerima dos 2.

Akan tetapi, menerut CITF bilangan walk-in untuk warganegara Malaysia telah semakin berkurangan dari hari ke hari semenjang kaedah walk-in diperkenalkan pada 2 Ogos yang lalu.

Disebabkan itu, bermula 23 Ogos 2021, kaedah walk-in akan diteruskan untuk semua warganegara Malaysia di Lembah Klang tetapi terhad untuk 13 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sahaja

Senarai PPV bagi menerima vaksinasi secara walk-in untuk warganegara Malaysia di Lembah Klang adalah seperti berikut:

  • KL Convention Centre (KLCC) - HCO F, G dan H
  • Axiata Arena Bukit Jalil - A, B
  • Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam - HCO B
  • Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
  • Hotel Wyndham Acmar Klang
  • Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya
  • Stadium Tertutup Kuala Selangor
  • Dewan Seri Bernam, Sabak Bernam
  • Dewan Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kuala Langat

Manakala untuk bermula 25 Ogos 2021 adalah di lokasi PPV Le Pavillion Gamuda Garden, Gombak dan Bukit Beruntung Golf Resort.

Untuk lokasi Galaxy Mall Ampang dan Universiti Multimedia, Cyberjaya dibuka untuk walk-in bermula 26 Ogos 2021.

Bagi bukan warganegara, pemberian vaksin secara walk-in ditamatkan pada 23 Ogos dan akan digantikan dengan vaksinasi melalui kaedah janji temu.

Jadi, mereka permu mendaftar sama ada melalui MySejahtera, talian PICK di 1-800-888-828 atau di laman web www.vaksincovid.gov.my.

Untuk anda (warganegara Malaysia) yang ingin walk-in ke PPV, pastikan anda bawa surat atau dokumen yang berkenaan seperti kad kerja atau bil utiliti sebagai pembuktian anda adalah pemastautin di Lembah Klang.


Post a Comment

Previous Post Next Post