gambar : visitjohor
IKEA telah memperkenalkan satu lagi servis online terbaru bagi 'Order and Collect' atau 'Pesan dan Ambil' yang boleh dilakukan menggunakan aplikasi Whatsapp sahaja. Lebih mudah dan lebih pantas.
Norma baharu sekarang, adalah sebaiknya segala pesanan barang terutamanya di IKEA adalah lebih baik menggunakan sistem online sahaja yang boleh dilakukan di website IKEA.
Untuk lebih memudahkan pelanggan, IKEA memperkenalkan pula sistem aplikasi Whatsapp sahaja. Akan tetapi setakat ini pesanan melalui Whatsapp hanya ditawarkarkan di IKEA Tebrau sahaja.
Anda buat pesanan guna Whatsapp, pilih barang dan jika sudah siap, boleh terus ambil atau collect barangan tersebut di IKEA Tebrau dalam hari yang sama.
Tak perlu lagi nak cari barang di gudang IKEA bersama-sama orang ramai, bersesak-sesak terutamanya ketika pandemik ini. Semua pesanan barang sudah siap di kumpulkan dan anda hanya perlu collect dan bayar sahaja.
Cara 'Order and Collect' barangan IKEA menggunakan Whatsapp
Jadi jika gemar shopping online dan tidak mahu menunggu lama, boleh terus menggunakan aplikasi Whatsapp ini.
Pesanan boleh dibuat setiap hari bermula dari 10 pagi hingga 7 petang (pesanan terakhi pada jam 6 petang) hanya di IKEA Tebrau, Johor Bharu.
Caranya :
1) Buat pesanan di nombor +011-1079 6748 melalui aplikasi Whatsapp
2) Kemudian klik pada "ikon beli-belah" pada bahagian kanan atas untuk dapatkan katalok barangan IKEA. Masukkan pesanan dan sahkan.
3) Anda boleh ambil semua barangan yang telah dipesan dan buat bayaran di kaunter IKEA Tebrau dalam masa 2 jam selepas pesanan dibuat
4) Caj tambahan RM23 dikenakan bagi setiap transaksi
Untuk maklumat lanjut, boleh layari ikea.my/tebrau
sumber : visitjohor