Tips dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga

Persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga

Mungkin anda akan menghadapi temuduga tidak lama lagi. Tetapi masih samar-samar atau tak tahu persediaan apa yang perlu dilakukan. Mungkin ini antara perkara yang anda perlu ambil berat sebelum menghadapai temuduga.

Anda mungkin telah berjaya tapisan awal terutamanya bagi sektor perkhidmatan awam dalam ujian online atau anda telah dipanggil sesi temuduga atau interview session bagi sektor swasta.

BACA : Tips Temuduga Online SPA Untuk Tahun 2021

Jadi anda akan dipanggil bagi sesi temuduga sama ada secara fizikal atau berhadapan ataupun secara video conference secara online. Secara asasnya ianya adalah perkara yang sama dimana anda perlu untuk buat persediaan.

6 perkara untuk anda perlukan sebelum menghadapi temuduga

Sama ada sektor perkhidmatan awam (SPA) atau sektor swasta, anda perlu buat persediaan awal yang antaranya adalah:

#1 - Pengetahuan tentang Kementerian / Syarikat

Jika anda dipanggil untuk sesi temuduga, ianya akan menyatakan berkenaan jawatan di syarikat tersebut atau penempatan di kementerian mana. Oleh itu, anda perlu tahu bidang tugas bagi jawatan tersebut, visi, misi, latar belakang dan kejayaan syarikat atau kementerian tersebut. 

Untuk lebih mudah, anda boleh sahaja layari laman web syarikat atau kementerian tersebut untuk ketahui perkara-perkara tersebut.

#2 - Bentuk-bentuk soalan temuduga

Ini antara soalan-soalan yang biasa akan ditanya panel temuduga kepada calon mereka. Antaranya adalah:

  • Mengapa memohon jawatan tersebut
  • Terangkan mengenai diri
  • Apakah cabaran terbesar yang pernah dihadapi
  • Tanya berkaitan fungsi jawatan atau Kementerian tersebut
  • Kenapa perlukan jawatan ini dan bukan jawatan lain
  • Apakah orang cakap tentang anda
  • Pencapaian terbesar
  • Bagaimana anda mengurus perubahan
  • Apakah yang anda boleh bagi kepada bakal majikan
  • Kelemahan dan kekuatan anda
  • Bagaimana untuk jadikan untuk sentiasa bermotivasi

Ini merupakan antara soalan kebiasaan akan ditanya oleh panel temuduga. Jadi sediakan jawapan yang ringkas dan padat. Jangan menipu ya guys!

Persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga

#3 - Praktis atau latihan temuduga

Anda boleh buat persediaan dengan praktis bagaimana kemungkinan interview itu berlangsung. Anda boleh minta bantuan daripada kawan-kawan untuk menjadi panel temuduga. Ianya bertujuan untuk bantu anda lebih yakin, tenang dan positif.

#4 - Maklumat dan info temuduga

Ini penting! Jangan jika anda sudah melakukan pelbagai persediaan tetapi terlepas sesi temuduga tersebut kerana keliru dengan sesi tarikh temuduga. Jadi sila rujuk surat panggilan temuduga tersebut. Dapatkan nombor telefon atau emel HR atau pegawai SPA untuk dihubungi jika berlaku apa-apa kecemasan

#5 - Ketahui lokasi pusat temuduga

Ini juga penting, anda perlu atur perjalanan anda. Perlu tahu dimana lokasi sesi temuduga akan berlangsung. Mungkin ianya berbeza tempat dengan alamat asal syarikat atau kementerian. Apa-apa rujuk pada surat panggilan temuduga tersebut. Jika ingin bercadang untuk gunakan pengangkutan awal, rancang terlebih dahulu supaya boleh sampai pada masa yang tepat.

#6 - Etika pemakaian yang betul

Anda perlu pilih pakaian yang sopan dan bersesuaian semasa menghadiri temuduga. Jika tiada maklumat khas tentang pakaian yang perlu dipakai ketika sesi interview, pastikan anda mengenakan pakaian yang kemas dan bersih tanpa sebarang kotoran.

Secara asasnya, lelaki dengan kemeja, seluar slack dan kasut tertutup. Manakala perempuan boleh mengenakan baju kurung bersama kasut yang bersesuaian.


#7 - Persiapakan dokumen penting termasuk resume

Inilah alat yang anda perlukan untuk menjual diri kepada bakal majikan iaitu menerusi resume dan beberapa dokumen penting. Jadi pastikan anda sediakan salinan dokumen asal dan salinan yang perlu dibawa semasa temuduga:

  • Resume bergambar
  • Kad pengenalan
  • Sijil kelahiran
  • Sijil SPM
  • Transkrip Akademik
  • Surat pengesahan Pelajar Tahun Akhir (jika masih belum habis belajar)
  • Surat pengesahan habis belajar
  • Sijil-sijil Penghargaan

Jadi inilah antara perkara-perkara yang anda boleh buat persediaan sebelum menghadapai temuduga baik dalam sektor swasta atau kerja kerajaan (sektor perkhidmatan awam - SPA). 

Untuk lebih lanjut dan tips lebih terperinci berkaitan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan dan Swasta dengan mudah, anda boleh dapatkan panduan dengan klik gambar dibawah.

Dengan harga RM30 sahaja, anda dapat tips lulus temduga, tips berpakaian, tips tulis resume dengan betul dan koleksi template resume

tips dan rahsia lulus temuduga kerajaan


Post a Comment

Previous Post Next Post