Bagi anda yang ingin mula melabur saham. Anda perlu buat persediaan terlebih dahulu. Jadi disini disenaraikan 3 persediaan penting yang anda perlu cakna dan tekankan untuk cara mula saham.
Inilah kunci UTAMA yang menjadi penentu sama ada anda mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham atau hanya mampu menghanguskan duit semata!
Ramai juga yang terus terjun ke bidang pelaburan saham ini tanpa ada sebarang persediaan kerana sering mendengar iklan-iklan serta kata-kata orang yang ceritakan hanya yang indah-indah sahaja tentang pelaburan berisiko ini.
Akibatnya, duit modal pelaburan yang ada tersebut terus terlebur hingga menyebabkan mereka jatuh terduduk dengan penuh kekecewaan!
Ingat lah, pelaburan saham ini bukanlah sekadar melaburkan wang tanpa perlu fikir panjang dan wang tersebut akan beranak pinak sendiri kerana ianya bukanlah seperti pelaburan ASB, Tabung Haji dan sebagainya.
Pelaburan saham ini memerlukan analisis mendalam berkenaan dengan pasaran saham semasa dan perlu melihat carta-carta serta peka dengan berita serta laporan semasa. Ini kerana pelaburan saham sangatlah berisiko!
Tanpa persediaan diri yang lengkap, anda hanya ibarat seperti menghulur leher untuk dipancung - pastinya anda akan alami kerugian yang banyak.
3 Persediaan Penting Sebelum Mula Melabut Saham!
Jadi bagi anda yang baru bermula melabur dan ingin menjadi seorang pelabur saham patuh syariah, anda perlu buat 3 persediaan ini dahulu
#1 - Kekuatan Mental
Pelaburan saham adalah pelaburan yang sangat berisiko tinggi dimana setiap saat kaunter saham boleh berubah-ubah sama ada untung ataupun rugi. Pengurusan mental dan emosi sangatlah penting agar tidak tertekan melihat carta turun naik saham tersebut.
Memiliki mindset sebagai seorang pelabur saham profesional juga perlu agar dapat mengawal diri daripada membuat tindakan-tindakan yang tidak bijak akibat permainan emosi tadi.
#2 - Cukupkan Ilmu
Untuk lebih berjaya dalam pelaburan saham, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu-ilmu pelaburan saham sebenar. Pakar-pakar saham yang ada pada hari ini membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk sentiasa terus mencari ilmu tentang pelaburan ini.
Dengan ilmu ini, ianya dapat membantu meminimumkan kerugian dan masa sekali gus dapat memaksimumkan keuntungan pelaburan anda tanpa melakukan sebarang kesilapan.
#3 - Modal Yang Cukup
Inilah sebenarnya perkara paling penting dan wajib untuk anda ada sebelum mulakan pelaburan saham. Anda perlu mempunyai modal yang cukup sebelum mulakan pelaburan saham. Tak perlu modal yang besar, tetapi pastikan anda cukup modal untuk membeli saham-saham yang didagangkan di bursa saham.
Anda kena ingat, duit pelaburan ini adalah duit lebihan dan bukannya simpanan kecemasan atau duit perbelanjaan harian dan bulanan anda.
Oleh itu, dengan adanya 3 persediaan ini, pastinya anda telah bersedia untuk menjadi pelabur saham yang berjaya dan pasti mampu membuat keuntungan dengan pelaburan saham anda!
Jika anda sudah bersedia, anda boleh mulakan langkah anda dengan membuat pelaburan ilmu SAHAM yang benar-benar terbaik dari pakar Saham sebenar - Dan mula menjadi pelabur saham yang menjana keuntungan lumayan dengan bermain saham!
Untuk permulaan atau bagi mereka yang baru sahaja berjinak-jinak untuk melabur dalam Saham patuh syariah, anda boleh dapatkan panduan lengkap menerusi eBook dibawah. Anda klik sahaja gambar dibawah