Apa itu acara Keirin daripada sukan Lumba Basikal Trek? Ikuti penjelasannya

penjelasan acara keirin sukan lumba basikal trek

Rakyat Malaysia sepertinya begitu excited menunggu acara Berbasikal Trek atau Lumba Basikal Trek yang antara sukan berlangsung dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 pada tahun 2021 ini.

Manakan tidak, kerana Malaysia mempunyai 2 wakil yang layak dalam acara ini dan acara ini juga antara target pingat daripada 3 pingat yang ingin di rangkul dalam temasya kali ini.

Dalam sukan Berbasikal Trek terdapat 2 wakil negara iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mana masing-masing serta bagi acara Pecut dan Keirin.

BACA : Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Tokyo 2021

Bagi acara pecut, wakil negara sudah tersingkir pada peringkat 1/8. Tetapi menurut pengendali pasukan negara bagi acara ini, John Beasley memberitahu target sebenar adalah pada acara Keirin bagi menggondol pingat emas pertama negara.

Tapi apa acara Keirin ini? Pasti ramai rakyat Malaysia bingung. Jadi ikuti penjelasan ringkas berkaitan format bagi suka Berbasikal Trek acara Keirin ini.


Penjelasan dan format acara Keirin (Lumba Basikal Trek)

Acara Keirin terdiri daripada 5 peringkat iaitu:

  • Pusingan pertama (5 saringan)
  • Pusingan pertama repechages (4 saringan)
  • Suku akhir
  • Separuh akhir
  • Akhir

Kieirin adalah perlumbaan dimana pelumba melengkapkan pecutan pada 3 pusingan terakhir setelah berada di belakang sebuah motosikal (pacer) pada kelujuan bermula 30km/j ke 50km/j dan memecut ke garisan penamat setelah pacer meninggalkan trek

pacer acara keirin

Pusingan Pertama

Pusingan pertama menyaksikan 30 pelumba yang akan dibahagikan untuk bertanding di dalam 5 saringan (6 pelumba setiap saringan). Sebanyak 10 pelumba (iaitu pelumba yang memperoleh tempat pertama dan kedua di setiap saringan) akan layak ke peringkat Suku Akhir

20 pelumba yang tidak layak ke Suku Akhir (iaitu pelumba yang mendapat tempat ke-3 hingga k-6 di setiap saringan pusingan pertama) akan bertanding di Pusingan Pertama Repechages.

Pusingan Pertama Repechages

20 pelumba akan dibahagikan untuk bertanding di dalam empat saringan (5 pelumba setiap saringan). Pelumba yang mendapat tempat pertama dan kedua di setiap saringan akan layak ke peringat Suku Akhir.

Suku Akhir

Di peringkat Suku Akhir, 18 pelumba akan dibahagikan untuk bertandin di dalam 3 saringan (6 pelumba setiap saringan). Pelumba-pelumba yang menduduki tempat pertama hingga ke-empat di setiap saringan akan layak ke peringkat Separuh Akhir

Separuh Akhir

12 pelumba di Separuh Akhir akan dibahagikan untuk bertanding di dalam 2 saringan (6 pelumba setiap saringan). Pelumba-pelumba yang menduduki tempat pertama hingga ke-3 akan layak ke peringkat Akhir manakala 6 lagi pelumba yang kalah di Separuh Akhir akan bertanding untuk tempat ke-7 hinga ke-12

Peringkat Akhir

6 pelumba di Peringkat Akhir bagi berentap untuk tempat pertama (emas), tempat kedua (perak) dan tempat ketiga (gangsa) terutamanya dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini.

Apa itu acara Keirin daripada sukan Lumba Basikal Trek? Ikuti penjelasannya

Kita doakan kejayaan atlet kita Datuk Mohd Azizulhasni Awang (The Pocket Rocket Man) dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom.


Post a Comment

Previous Post Next Post