Alhamdulillah, 2 wakil tunggal negara Datuk Azizulhasni Awang bersama Muhammad Shah Firdaus Shahrom berjaya untuk mera ke peringkat Suku Akhir bagi acara Keirin Lumba Basikal Trek di temasya Olimpik Tokyo 2020.
Walaupun berjaya mara, Shah Firdaus yang telah mengalami pelanggaran dan menyebabkan kemalangan pada awalnya terus cekal dan langgar apa sahaja untuk mara ke Suku Akhir.
Shah Firdaus telah mengalami kemalangan ketika berada pada Heat 2 bersama-sama pelumba daripada Kazakstan Ponomaryov Sergey. Heat tersebut terpaksa diadakan semula, tetapi Shah Firdaus tidak dapat sertai atas fakto kecederaan RIB pada awalnya.
Akan tetapi, beliau terus cekal untuk tetap meneruskan pusingan awal ini pada peringkat Repechage pula. Dalam pusingan inilah, beliau telah berjaya meloloskan diri ke peringkat Suku Akhir apabila mengakhiri perlumbaan di tempat ke-2 bersama pelumba Browne Kwesi.
Manakala untuk Datuk Azizulhasni Awang, beliau berjaya ke peringkat Suku Akhir dan menghabiskan perlumbaan ditempat pertama pada HEAT 3. Tahniah kepada dua atlet negara kita.
Jadi untuk pusingan Suku Akhir, Firdaus Shah akan berada pada HEAT 2 dan Datuk Azizulhasni Awang berada pada HEAT 3. Kedua-dua atlet ini akan bermula sekitar jam 9.29 pagi dan 9.34 pagi waktu Malaysia pada 8 Ogos 2021 (esok).
Jangan lupa saksikan di saluran Astro Supersport, Astro Arena, RTM dan UNIFI TV. Tetap terus memberikan sokongan. Semoga akan memberikan kilauan emas yang pertama untuk MALAYSIA