Pada ahad yang lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidding Yassin telah mengumumkan pelbagai kemudahan dan perjalanan bagi individu yang telah divaksin lengkap iaitu 2 dos suntikan.
BACA : Selain dine-in, ini senarai kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap
Antara kemudahan atau kelonggaran yang diberikan dalam pengumuman tersebut adalah kebenaran rentas negeri atau daerah iaitu bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan juga untuk ibu bapa jumpa anak bawah umur 18 tahun.
Tapi tiada kelonggaran rentas negeri mahupun daerah bagi golongan bujang yang ingin berjumpa ibubapa. Tapi kenapa mereka ini tidak dibenarkan? Ini biasa persoalan yang timbul sejak PKP 1.0 dan PKP 2.0 sebelum ini lagi.
Jadi persoalan ini telah dijawab oleh Menteri Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin di dalam sebuah sidang media apabila ada wartawan yang bertanyakan tentang persoalan ini.
Risiko terlalu tinggi jika benarkan semua golongan bujang rentas negeri. - Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri @HishammuddinH2O#AWANInews pic.twitter.com/qKbJCiXdlp
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) August 9, 2021
Menurut beliau, jika golongan bujang dibenarkan untuk rentas negeri bagi tujuan berjumpa ibubapa, risikonya terlalu besar kerana golongan ini terlalu ramai.
"Jika dibenarkan dengan jumlah yang banyak, mungkin timbul masalah apabila timbulnya masalah disiplin, tidak mematuhi SOP, pihak berkuasa tidak mampu memantau dan menguatkuasa" - ujar beliau
Menurutnya lagi, setakat ini hanya diberi keizinan rentas negeri atau daerah kepada ibubapa yang sudah lengkap vaksinasi berjumpa anak yang bawah 18 tahun dahulu.
"Pertemukan mereka dahulu. Bukan bersandarkan ekonomi mahupun kesihatan tetapi ianya dari sudut kedudukan mental dan kesejahteraan individu kerana kita sudah lama berada dalam lockdown selama berbulan-bulan"
Jika selepas ini tiada kes meningkat akibat kebenaran rentas negeri ini, mungkin ianya akan diperluas kepada golongan bujang pula.