Mungkin anda sedang bercadang untuk bercuti dan mengembara dalam masa terdekat. Jadi anda mencari sebuah penginapan unik yang boleh dicuba. Apa kata cuba bermalam di Hotel Kapsul.
Kewujudan hotel kapsul yang ada di seluruh negara pastinya menarik perhatian pengembara terutamanya bagi mereka yang bercuti secara solot atau duo ketika melancong.
Hotel Kapsul berbeza dengan hotel biasa yang kita menginap kerana ianya lebih kecil, murah dan unik. Pastinya akan memberikan sebuah pengalaman berbeza bagi yang menginap disini.
Jadi pada yang travel pada tahun ini di Malaysia, jom kita tengok senarai 5 Hotel Kapsul yang anda boleh cuba dan bermalam di destinasi tersebut.
5 Senarai Hotel Kapsul Terbaik Seluruh Malaysia
#1 - Capsule Hotel KLIA 2
Bagi individu yang ingin mengejar penerbangan atau sekadar mahu menyegarkan diri di ruang mandi dan katil, Capsul Hotel KLIA 2 adalah pilihan yang terbaik.
Berbeza dengan hotel di tempat lain, kerana ianya mengenakan konsep singgah, jadi anda boleh pilih kapsul selama 3, 6 atau 12 jam mengikut waktu rehat anda sebelum meneruskan perjalanan seterusnya
⏩ Buat Tempahan :【Trip.com】【Agoda】
#2 - Capsule Town Hotel, Kuala Lumpur
Lokasi hotel kapsul ini sedang dilawati iaitu dengan menaiki kemudahan LRT atau MRT sahaja. Ianyer berdekatan dengan setesen Pasar Seni dan perlu berjalan kaki sekitar 10 minit sebelum tiba di hotel ini.
Paling menarik, Capsure Town Hotel ini menawarkan bilik biasa mengikut bajet pelancong. Jadi anda boleh berjimat sepanjang percutian nanti.
⏩ Buat Tempahan :【Trip.com】【Agoda】
#3 - Container Hotel, Kuala Lumpur
Sebuah lagi lokasi percutian dengan penginapan hotel kapsul iaitu di Container Hotel, KL. Ianya merupakan sebuah hotel yang diperbuat daripada kontena dan direka semula dalam bentuk moden dan berwarna-warni.
Hotel ini menyediakan 3 jenis bilik iaitu Outgoing berkonsepkan asrama. Selain itu, ada bilik Adventure (bilik dalam tube) dan Conservative, bilik normal.
Kesemua pilihan ini mempunyai harga berlainan iaitu bermula daripada RM110 sahaja untuk semalaman. Jadi kalau datang Kuala Lumpur, kena cuba menginap disini.
⏩ Buat Tempahan :【Trip.com】【Agoda】
#4 - Tubotel Langkawi
Tubotel yang terletak di Pulau Langkawi adalah tempat penginapan yang diperbuat daripada pembentung simen dan mempunyai 17 buah bilik kesemuanya.
Ia mempunyai 2 jenis pemandangan untuk dipilih iaitu menghadap laut dan juga kawasan taman.
Bagi yang inginkan ketenangan dan berjalan-jalan, Tubotel sesuai untuk anda selain ianya terletak berhampiran dengan lapangan terbang.
⏩ Buat Tempahan :【Trip.com】【Agoda】【Tubotel】
#5 - Time Capsule Retreat, Pahang
Lokasi ini adalah yang paling popular dikalangan pelancong. Hotel kapsul ini telah menukar ruang 8 paip pembentung konkrit kepada bilik kapsul berkatil queen untuk disewa.
Jangan risau, kelengkapan semua cukup. Ada lampu, soket, aircond dan disajikan dengan pemandangan sekeliling yang indah serta semula jadi. Sesuai bagi anda yang ingin menenangkan fikiran kerana lokasinya adalah jauh dari bandar.
⏩ Buat Tempahan :【Trip.com】【Agoda】【Time Capsule】
Selamat bercuti...