Minggu ini dibawakan sebuah drama melayu tempatan terbaru 2021 bertajuk Terlerai Noktah yang akan mula bersiaran pada 26 Ogos di slot Samarinda TV3.
Selain daripada Anak Sena, drama ini juga akan bersiaran di Disney+ Hotstar. Jadi jika anda ingin tonton ulangan, boleh langgan dengan harga RM54.30 untuk 3 bulan.
Kali terakhir, tv3 menyajikan drama psiko thriller ini adalah menerusi drama Misteri Mona yang ketika itu rata-rata mendapat komen positif daripada penonton.
Kali ini dengan genre yang sama, ianya kembali menerusi Terlerai Noktah dan ditambah pula dengan pelakon hebat Nabila Huda.
Amor Rizan bertanggungjawab mengarahkan drama ini dibawah produksi Padi Pictures Sdn. Bhd.
Antara barisan pelakon yang terlibat ialah Nabila Huda, Aidil Aziz, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Azhan Rani, Atikah Suhaime, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Terlerai Noktah
Drama Terlerai Noktah mengisahkan Zaira (Nabila Huda) yang terpisah dengan adiknya Hani (Ainul Aishah) sejak 20 tahun yang lalu.
Selepas 20 tahun, polis menjumpai Hani dalam keadaan terikat di sebelah bayi dan mayat suami Hani yang dibakar mukanya.
Hani disahkan menghidap PTSD dan Amnesia, malah terdapat satu nota yang meminta Hani di hantar ke hospital jiwa milik suami Zaira, Dr Rudi.
Namun Hani tidak mengaku bahawa Zaira adalah kakak kandungnya.
Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) pula menimbulkan ketidakpuasan hati pada ketua jururawat di situ, Rania (Atikah Suhaimie) yang mempunyai rahsia yang disembunyikan.
Waktu Tayangan
Drama 9 episod ini akan bersiaran setiap setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3 bermula 26 Ogos ini.
Selain itu, boleh juga saksikan secara striming di Disney+ Hotstar sejurus selepas habis tayangan di tv.