Tahukah anda, sebenarnya anda boleh perbaharui atau renew lesen memandu (LMM) secara online dengan menggunakan portal mySIKAP, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
Jadi anda tidak perlu lagi untuk beratur panjang di kaunter JPJ atau kaunter POS Malaysia bagi menunggu giliran untuk perbaharui lesen memandu.
Ditambah pula, sekarang ini wabak pandemik yang sedang berlaku di luar sana dan pihak JPJ juga menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan online sahaja.
Pastinya dengan renew secara online ini, anda tidak perlu ambil masa yang lama untuk beratur panjang atau mencari parking dan pastinya anda boleh buat pada bila-bila masa sahaja.
Perkara penting, anda perlu daftar sebagai pengguna di portal mySIKAP JPJ, buat permohonan untuk renew lesen dan lesen memandu yang baru akan dihantar terus ke rumah anda.
Cara daftar buat kali pertama di mySIKAP JPJ
Untuk melayakkana dan mendaftar sebagai pengguna di portal mySIKAP JPJ, antara syarat yang diperlukan adalah:
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah; atau
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah; atau
- Pemegang paspot yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP; atau
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun; dan
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
*Anda perlu hadir terlebih dahulu di kaunter JPJ yang terdekat untuk dapatkan nombor rujukan. Ianya akan digunakan bagi proses pendaftaran secara online ini
Daftar masuk kali pertama
1) Layari laman web mySIKAP JPJ di public.jpj.gov.my/public/ dan klik pada "Daftar/Log Masuk Kali Pertama (MyKAD)"
2) Kemudian lengkapkan butiran yang diperlukan seperti no. mykad, emel, no.telefon dan juga no. rujukan yang diperoleh di kaunter jpj. Jika sudah, klik "Teruskan"
3) Kemaskini alamat emel, telefon bimbit dan telefon rumah
4) Klik "Teruskan". Skrin pengesahan akan dipaparkan seperti dibawah
5) Klik "Ya". Skrin seperti berikut akan dipaparkan
6) Klik "Tutup". Skrin seperti berikut akan dipaparkan
7) Skrin di atas akan dipaparkan sekiranya pendaftaran berjaya. ID Pengguna dan Password akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
Untuk maklumat lanjut berkaitan pendaftaran kali pertama, boleh klik pada mySIKAP Help
Cara perbaharui (renew) Lesen Memandu
Login seperti biasa di portal mySIKAP JPJ di public.jpj.gov.my/public/
1) Pada halaman utama, klik pautan "Pembaharuan Lesen Memandu" seperti skrin dibawah
2) Skrin Permohonan Pembaharuan Lesen akan dipaparkan
3) Pilih Jenis Lesen dan Tempoh melalui drop down list;
4) Klik "Cari", skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau
5) Klik "Set Semula" untuk mengisi semula maklumat carian;
6) Klik "Bayar" untuk meneruskan transaksi. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau7) Klik "Keluar" untuk membatalkan transaksi
8) Pilih kaedah pembayaran;
9) Klik "Bayar" untuk meneruskan transaksi. Skrin seperti berikut akan dipaparkan; atau
10) Klik "Kembali" untuk kembali ke skrin sebelumnya; atau
11) Klik "Batal" untuk membatalkan transaksi;
12) Klik "Teruskan" untuk meneruskan transaksi mengikut kaedah pembayaran yang dipilih; atau
13) Klik "Batal" untuk membatalkan transaksi.
Untuk maklumat lanjut berkaitan pembaharuan lesen memandu, boleh klik pada mySIKAP Help