Cara nak mulakan bisnes secara dropship

Cara nak mulakan bisnes secara dropship

Untuk memulakan sesuatu perniagaan mesti ada persediaan dan perancangan, sekali pun secara dropship. Anda perlu buat beberapa perkara yang perlu dahulu sebelum mula berniaga.

Sekarang semakin ramai yang mula berkecimpung dalam dunia perniagaan sama ada secara sepenuh masa atau untuk sekadar mencari side income atau pendapatan tambahan.

Bila berniaga pastinya ada sesuatu barangan yang dijual, tidak kiralah barang tersebut keluaran anda sendiri atau anda jual barangan orang lain iaitu secara dropship.

Untuk pemula atau yang baru sahaja nak mula berniaga, pastinya modal adalah halangan utama. Jadi bagi menuruskan juga azam tersebut, boleh teruskan secara dropship sahaja.

Anda masih lagi menjual, tetapi menjual barang orang lain. Anda dapat keuntungan atas komisyen bagi setiap barang yang dijual. Anda tidak rugi, sebab anda tidak simpan stock. Sebaliknya anda ada untung, bila ada jualan sahaja.

Tetapi ianya bukanlah semudah itu untuk mula dapatkan pelanggan dalam bidang dropship ini. Ada beberapa perkara yang perlu dibuat dan tentukan terlebih dahulu. Ikuti perkongsian dibawah

5 perkara untuk mulakan bisnes secara dropshop

Sebagai cadangan, anda boleh buat analisa awal sebelum mulakan perniagaan terutamanya secara dropship.

1)  Kenali bakal pelanggan

Untuk permulaan, sebelum menjual apa-apa barangan pun, anda perlu kenal terlebih dahulu bakal pelanggan anda. Kenal ciri-ciri yang perlu ada pada bakal pelanggan anda.

Anda target jualan barangan tersebut kepada siapa? Siapakah yang mampu untuk membeli produk anda tersebut. Berapa umur mereka, pekerjaan dan kesukaan mereka. Bakal pelanggan anda ini biasa aktif shopping di platform mana, facebook, instagram atau di Shopee.

Ini adalah antara perkara awal yang perlu digerakkan. Ini perlu dibuat bagi memudahkan urusan selepasnya. Jika anda tidak kenal market anda, anda akan menjual semborono dan mencuba nasib semata-mata dan akan jauh dari sasaran sebenar.

2)  Pilih produk bersama jenama

Jika anda sudah kenal bakal pelanggan seperti yang ditetapkan pada awal tadi, anda boleh la mula cari produk apa yang ingin dijual bersama jenama apa. Adakah ianya jenama yang baru atau sedang trending atau sudah dikenali.

BACA : Cara Mulakan Bisnes Tudung Dengan Panduan Penuh Untuk Tahun 2021

Jika target market anda fokus kepada pelajar, boleh lah cari barang yang berfokuskan pada harga student yang mampu milik. Kalau ingin jual makanan, cari yang harga berpatutan dan barangan lain juga.

3)  Pilih HQ yang bersistem

Pilih HQ yang bersistem

Ini juga penting untuk anda dan pelanggan anda. Kerana hanya anda yang deal dengan pelanggan dan bukan HQ. Mereka hanya menghantar barangan sahaja seperti pesanan yang dibuat.

Oleh itu, cari HQ yang mempunyai sistem yang teratur dan pastinya tidak akan memeningkan kepala anda. Janganlah pilih HQ yang sediakan pelbagai sistem buat pesanan dan akhirnya memeningkan dropship itu sendiri.

4)  Kenal produk

Ramai antara kita sudah mula berminat untuk berniaga menjadi dropship tapi tak ramai yang cuba belajar kenal produk dengan lebih mendalam. Akhirnya, susah buat penerangan kepada pelanggan dan tiada jualan berlaku.

Jadi mungkin ini antara tips mudah yang anda boleh lakukan untuk mengenal produk anda tersebut:

  1. Pakai atau cuba produk tersebut sebelum menjual - Jika anda menjual Chocojar, mungkin anda boleh rasa terlebih dahulu dan buat ulasan berkaitan dengannya. Jika jual tudung, boleh guna tudung tersebut terlebih dahulu dan menjadi testimoni pertama.
  2. Jatuh cinta - Terapkan rasa cinta dengan produk yang anda ingin jual tersebut. Maka akan timbul rasa semangat untuk perkenalkan kepada orang lain juga. Jika anda suka, pasti pelanggan juga mungkin akan suka juga
  3. Kongsikan kelebihan - Inilah antara kelebihan jika anda cuba terlebih dahulu produk tersebut. Anda boleh kongsikan kelebihan produk tanpa menokok tambah perkara yang mungkin tiada
  4. Harga -  anda perlu tahu setiap harga produk iaitu harga biasa, harga kombo dan sebagai dropship kena tahu harga komisyen yang anda boleh perolehi. Disini anda sudah boleh buat kira-kira setiap bulan bagi pendapatan anda boleh dapat.

5)  Tetapkan platform jualan

Akhir sekali, anda kena tetapkan dimana anda ingin iklankan barang yang ingin dijual tersebut. Anda mungkin sudah ramai kenalan di Instagram, boleh cuba Instagram Business dan jika di Facebook boleh buka Facebook Page atau menjual di Lazada dan Shopee sahaja yang mana bakal pelanggan begitu ramai.

BACA : Cara Berniaga Dan Panduan Lengkap Untuk Mula Berniaga Di Lazada 

Shopee menawarkan pelbagai kemudahan pada platform mereka dan semuanya adalah percuma sahaja. Anda hanya uruskan proses penghantaran barang sahaja. Jika anda baru sahaja ingin mula, boleh dapatkan Panduan Bisnes Shopee untuk menjana pendapatan sehingga 4 angka sebulan.

Anda akan diajar bagaimana menggunakan keseluruhan sistem Shopee terbaru untuk tahun 2021 dengan mudah sehingga cara buat jualan. Jika berminat, anda boleh klik pada gambar dibawah.

cara bisnes shopee tahun 2021


Post a Comment

Previous Post Next Post