Selepas memenangi pingat Perak dalam temasya Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Datuk Azizulhasni Awang belanjat pose 'gambar wajib' kepada semua peminatnya.
Azizul baru sahaja memenangi tempat ke-2 dalam acara Kierin Lelaki dalam sukan Berbasikal Trek sekali gus membawa pulang pingat perak sulung untuk negara bagi edisi Tokyo 2020 kali ini.
Walaupun beliau dan team mensasarkan pingat emas, tetapi masih berbangga dengan kemenangan itu sekali gus menghadiahkan kegembiraan semua rakyat Malaysia yang menonton ketika itu.
Kali ini, dengan treadmark beliau selepas memenangi sesebuah acara atau peroleh medal, Azizul akan bergambar dengan pose 'gambar wajib'.
Pose itu dimana beliau akan berbaring seolah tidur dengan memakai jersi perlumbaan dan kain sarung bersama-sama dengan hadiah kejuaraan dan kali ini adalah Pingat Perak Olimpik Tokyo 2020.
Rata-rata warganet gembira dengan gambar tersebut dan mengucapkan tahniah atas kemenangan yang pingat untuk negara Malaysia.
Untuk rekod, sebelum ini beliau juga ada bergambar dengan pose yang sama bagi pingat Sukan Asia 2018, kemudian pada Kejohonan Dunia 2020 dan beberapa lagi siri kejohonan
Sweet dreams Champ!