Berita baik untuk warga emas di Lembah Klang. Bermula Sabtu, 17 Julai 2021, mereka dibenarkan untuk walk-in ke mana-mana Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) untuk vaksinasi di Lembah Klang.
Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaludin dalam sidang media khas sebentar tadi.
Tambah beliau, bagi warga emas sama ada yang telah berdaftar atau belum berdaftar tetapi masih belum menerima janji temu akan dibenarkan untuk datang mana-mana PPV untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Manakala bagi warga emas yang telah menerima janji temu, mereka diminta agar hadir ke PPV mengikut tarikh janji temu yang telah diberikan. Kesemua janji temu yang telah diberikan sehingga kini adalah bertarikh sebelum 1 Ogos ini.
"Bermula esok (Sabtu, 17 Julai), warga emas sama ada yang telah berdaftar atau belum berdaftar, yang belum menerima janji temu akan dibenarkan untuk walk-in ke mana-mana PPV untuk vaksinasi di Lembah Klang" - @Khairykj
— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) July 16, 2021
Semalam, 15 Julai, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah memaklumkan kebenaran vaksinasi secara walk-in bagi warga emas di Selangor dan Kuala Lumpur berusia 60 tahun ke atas.
Mereka boleh datang bersama pengiring mereka
sumber : JKJAVMY