Anda mungkin menerima daging korban bersama-sama dengan bahagian organ dalaman seperti paru, hati dan limpa. Jadi jika anda bercadang untuk menyediakan juadah menggunakan campuran ini, anda boleh cuba resepi rendang campur berempah ini.
Mungkin ada antara ahli keluarga anda yang berminat dengan masakan campuran paru, hati dan limpa. Jadi daripada dibiarkan, anda boleh masak untuk mereka dengan juadah yang lazat sekali gus membuka selera bagi mereka yang tersayang.
Sempena Raya Aidiladha yang mungkin anda menerima bahagian daging korban, anda boleh juadah dengan resepi rendang campur (paru, hati, limpa) berempah.
Resepi Rendang Campur (Paru, Hati, Limpa) Berempah
Hidangan ini cukup untuk 12 orang.
Bahan-Bahan
- 500 g paru (rebus)
- 250 g hati (rebus)
- 250 g limpa (rebus)
- 1 kg santan pekat
- 1 sudu makan pes asam jawa
- 5 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan rempah kari
- 1 sudu makan serbuk ketumbar
- 1 sudu teh serbuk jintan manis
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
- 15 tangkai cili kering (potong dan rebus)
- 1 biji bawang besar
- 4 cm lengkuas (hiris)
- 3 cm halia (hiris)
- 3 batang serai (hiris)
Bahan Hirisan
- 6 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 4 batang serai
Bahan Rempah Penumis
- 4 cm kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 5 biji buah pelaga
Cara Memasak
1) Paru, limpa dan hati yang telah direbus dihiris dan ketepikan
2) Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian tumiskan rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi
3) Masukkan bahan kisar, kacau hingga pecah minyak. Seterusnya masukkan campuran rempah kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan putih yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau seketika
4) Seterusnya masukkan paru, limpa dan hati tadi, kacau rata dan sebati dengan bahan tumisan
5) Masukkan pula santan pekat, kacau dan biarkan merenah sehingga kuah agak pekat lebih kurang 15-20 minit
6) Seterusnya, masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa
7) Kecilkan api dan terus kacau sehingga kuah kering dan timbul minyak
8) Angkat dan hidangkan
Selamat mencuba...