Resepi Berasaskan Hati, Limpa, Perut Dan Daging Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Resepi Berasaskan Hati, Limpa, Perut Dan Daging

Terdapat pelbagai hidangan lazat yang boleh dimasak dengan lebih dan kambing yang disembelih untuk ibadah korban. Daripada daging, hati, limpa dan perut, berjenis hidangan boleh disediakan dengan resepi yang dikongsikan.

Pastinya Hari Raya Aidiladha merupakan waktu yang paling sesuai untuk menerima atau dapatkan daging korban yang disembelih lagi-lagi jika kita sertai ibada korban disamping bersedekah terhadap golongan miskin yang memerlukan.

Jadi untuk anda, ini antara aneka resepi berasaskan hati, limpa, perut dan daging yang anda boleh cuba untuk dihidangkan bersama keluarga.

6 Resepi Berasaskan Hati, Limpa Dan Daging Yang Anda Patut Cuba

Anda boleh cuba resepi-resepi ini dirumah sesuai dengan saiz hidangan.

#1 - Resepi Paru Goreng Sambal

Resepi Paru Goreng Sambal

*tips untuk hilangkan bau paru adalah rebus dengan sedikit garam dan halia

Bahan-Bahan

  • 500g paru
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Sediki air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Air secukupnya

Cara Memasak

1.  Paru dibersihkan dan rebus dengan air secukupnya hingga masak. Angkat dan biarkan sejuk. Hiris paru nipis-nipis. Ketepikan

2.  Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng paru sehingga garing, angkat dan ketepikan

3.  Dengan menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak masak secukupnya. Tumis cili giling, bawang besar dan bawang putih kisar hingga terbit wangi dan sehingga sambal terbit minyak

4.  Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan sos tiram dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

5.  Setelah itu masukkan paru yang sudah digoreng garing tadi. Gaul sehingga mesra. Sedia dihidangkan

#2 - Resepi Hati Lembu Masak Kicap

Hati Lembu Masak Kicap

Bahan-Bahan

  • 400g hati lembu (rebus dan hiris)
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 labu bawang besar (hiris bulat)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam dan gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

Bahan Kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4cm halia

Cara Memasak

1.  Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Masukkan pula hirisan bawang besar dan bahan kisar, tumis hingga layu dan terbit bau. Kacau sebati

2.  Masukkan kicap pekat, kicap manis dan kicap cair bersama air. Reneh sekejab

3.  Masukkan hati lembu, kacau rata. Biarkan hati masak dan empuk. Masukkan serbuk lada hitam, lada putih, garam dan gula secukup rasa. Biarkan sekejab dan tutup api

4.  Sedia dihidangkan

#3 - Resepi Paru Dan Limpa Berempah

Paru Dan Limpa Berempah

Bahan-Bahan

  • 300g paru dan lumpa
  • 3 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1cm halia*
  • 6 tangkai cili kering*
  • 2 setengah sudu makan serbuk kari
  • 1 setengah sudu teh serbuk jintah putih
  • Setengah teh serbuk ketumbar
  • Setengah sudu makan serbuk lada hitam
  • Setengah makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh kicap manis
  • 10 biji cili padi
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

1.  Pertama, kisar bahan yang bertanda * hingga lumat. Ketepikan

2.  Lumur paru dan limpa dengan sedikit serbuk kunyi dan garam. Perap seketika dan ketepikan

3.  Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng paru dan limpa yang telah diperap tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan

4.  Menggunakan minyak yang sama, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serbuk kari hingga terbit wangi

5.  Masukkan kicap manis dan kicap pekat, serbuk jintan putih, ketumbar dan serbuk lada hitam. Kacau sebati

6.  Masukkan pula cili pada serta paru dan limpa yang siap digoreng. Gaul sebati dan tutup api

7.  Angkat dan sedia dihidangkan

#4 - Resepi Rendang Campur (Daging, Limpa, Paru Hati)

Resepi Rendang Campur (Daging, Limpa, Paru Hati)

Bahan A

  • 300g daging (bersihkan dan dipotong nipis)
  • 300g limpa (potong nipis)
  • 300g paru (potong nipis dan rebus)
  • 200g hati (potong nipis)
  • 1kg santan
  • 2 helai daun kunyit (mayang halus)
  • 2 helai daun limau purut (koyak)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Gula kabung secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)

  • 2.5cm halia
  • 2.5cm lengkuas
  • 3 batang serai
  • 25 tangkai cili kering
  • 10 biji cili api
  • 20 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar

Cara Memasak

1.  Kisar bahan B hingga lumat. Ketepikan

2.  Sediakan kuali besar, satukan bahan kisar dan masukkan daging, limpa, hati dan paru. Biar hingga airnya keluar

3.  Setelah air hampir kering, masukkan santan, daun kunyit serta daun limat purut. Didihkan lagi hingga kuah menjadi pekat

4.  Masukkan kerisik, gula kabung dan air asam jawa. Kacau sekata

5.  Perasakan dengan garam secukup rasa

6.  Masakkan hingga semua bahan lembut. Apabila sudah naik minyak dan pekat, boleh diangkat dan hidangkan

#5 - Resepi Gulai Daging Kawah

Resepi Gulai Daging Kawah

Bahan-Bahan

  • 1kg daging (dipotong dadu)
  • 2 sudu makan kerisik
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 500ml santan pekat
  • 250ml santan cair
  • 1 pelepah daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu teh lada hitam
  • Sedikit gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya
  • Air secukupnya

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 5cm halia

Bahan Untuk Pes Rempah

  • 1 bungkus kecil rempah kari daging
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih

Cara Memasak

1.  Rebus daging sehingga lembut. Angkat dan ketepikan. Simpan air rebusan

2.  Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar, daun kari serta rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga kekuningan dan naik bau.

3.  Bancuh bahan untuk pes rempah dengan sedikit air dan tuang ke dalam periuk. Kacau sehingga rempat betul-betul masak dan pecah minyak

4.  Masukkan daging bersama air rebusan sekali. Kemudian masukkan kerisik dan santan pekat. Masak sehingga mendidih

5.  Masukkan santan cair dan biar ia mereneh sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Masukkan sedikit gula Melaka, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

6. Sedia dihidangkan

#6 - Resepi Sup Perut Ala Utara

Resepi Sup Perut Ala Utara

Bahan-Bahan

  • 1kg perut lembu (bersihkan dan rebus hingga empuk)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 15 ulas bawang putih (kisar)
  • 10cm halia (kisar)
  • 5cm halia (mayang halus)
  • 2 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 5 biji cili padi (ketuk)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 1 paket kecil rempah sup
  • 5cm lengkuas (ketuk sekali)
  • 1 paket sup bunjut tulang
  • 1 batang daun sup
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya

Cara Memasak

1.  Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang dimayang halus sehingga naik baunya. Kemudian masuk rempah sup yang telah dibancuh dengan sedikit air, bahan kisar dan sup bunjut. Kacau rata dan tumis hingga warna kekuningan dan keluar minyak

2.  Masukkan perut yang sudah direbus, lengkuas, batang daun sup dan kacau sebati. Tambah air secukupnya dan masak sehingga perut benar-benar empuk

3.  Masukkan cili padi yang diketuk sedikit dan perasakan dengan garam secukup rasa

4.  Angkat dan sedia dinikmati


Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post