Sebuah siri drama terbaru Malaysia bertajuk Cik Ayu Mee Sanggul akan bersiaran mulai 27 Julai 2021 di slot Megadrama Astro Ria. Drama ini bakal menggantikan drama Love Elsa yang telah tamat semalam.
Cik Ayu Mee Sanggul merupakan sebuah karya asal dengan genre komedi romantik yang dihasilkan oleh Nieza Nahar yang juga merangkap sebagai penulis skrip. Drama ini merupakan arahan Idora Abdul Rahman dengan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd.
Amelia Henderson yang memegang watak Cik Ayu dan Aqasha sebagai Akhtar selaku teraju utama disamping dibantu oleh barisan pelakon lain seperti Aryan, Iman Zulkarnain, Shiqin Kamal, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah dan ramai lagi.
Selain itu, Dato' Rosyam Nor sebagai penerbit, Dynas Mokhtar dan Cat Farish turut sertai dalam drama ini bagi penampilan khas.
Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul
Cik Ayu Mee Sanggul mengisahkan pengorbanan seorang janda muda yang menikahi duda tanpa ikatan yang cinta demi menjadi ibu kepada Uwais iaitu anak duda tersebut.
Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kuala Lumpu. Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya.
Akhtar memikirkan yang status Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. Manakala Uwais pula masih memerlukan kasih sayang dari seorang ibu.
Ayu bekorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.
Waktu Bersiaran
Cik Ayu Mee Sanggul akan bersiaran untuk 16 episod setiap Isnin hingga Khamis di slot Megadrama, pada jam 10.00 malam di Astro Ria saluran 104.
Selain itu, anda juga boleh saksikan menerusi Astro Go atau tontonan secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibal secara percuma untuk pelanggan Astro.
Tonton Episod Cik Ayu Mee Sanggul
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3