Selain Dalgona Coffee, Ini Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Yang Anda Boleh Cuba

resepi dalgona pelbagai perisa

Mungkin anda masih ingat semasa Lockdown pertama atau PKP 1.0 yang lalu, rakyat Malaysia diperintahkan untuk duduk di rumah. Jadi sepanjang tempoh tersebut, pelbagai perkara menarik yang kita boleh lihat antaranya adalah bila viral nya Dalgona Coffee di seluruh dunia.

Ianya viral di TikTok pada awalnya kemudian barulah tersebar ke platform media sosial lain. Ketika itu, ramailah yang ingin mencuba untuk hasilkan Dalgona Coffee. Sebab itulah ianya sinonim dengan keadaan Lockdown terutamanya di Malaysia.

Dalgona Coffee secara asasnya bancuhan kopi yang dikacau secara cepat bersama sedikit air sehingga menjadi pekat dan likat. Kemudian disajikan di atas susu krim. Sepertinya ada 2 layer pada Dalgona Coffee tersebut.

Jadi resepi ni sebenarnya boleh divariasikan dengan pelbagai bahan untuk hasilkan pelbagai perisa selain daripada kopi atau nescafe instant yang digunakan. Jadi jom kita tengok resepi Dalgona lain dengan pelbagai perisa yang anda boleh cuba sendiri di rumah

Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa

Resepi Dalgona ini yang penting adalah teknik kacau tersebut. Kena cepat. Jadi selain menggunakan sudu biasa anda juga boleh gunakan milk-mixer atau pengacau air buih automatik. Jadi kerja jadi lebih mudah.

Untuk resepi Dalgona Coffee, anda boleh lihat perkongsian sebelum. Penyediaan yang mudah dengan hanya 5 barang sahaja.

#1 - Dalgona Mocha

Dalgona Mocha

Bahan-Bahan : Gunakan 1 sudu makan nesface, 1 sudu makan gula, 1 sudu makan serbuk coklat/milo, susu full cream dan ais

Cara Membuat : Campurkan nescafe, serbuk coklat atau milo dan gula bersama anggaran 2 sudu makan air panas (tujuan untuk melarutkan). Putarkan sehingga kembang dan boleh di letakkan ke dalam gelas yang suda berisi air bersama susu full cream. Siap! Mudahje kan. Boleh letakkan serbuk coklat sebagai hiasan. 

#2 - Dalgona Oreo

Dalgona Oreo

Bahan-Bahan : Boleh gunakan 2 sudu serbuk nescafe, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, serbuk oreo dan ais

Cara Membuat : Pukul sehingga kembang serbuk nescafe, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan bahan tadi di dalam gelas bersama susu segar yang dicampur dengan serbuk oreo beserta ais

#3 - Dalgona Coklat

Dalgona Coklat

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk coklat, 2 sudu krim, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar, serbuk coklat dan ais

Cara Membuat : Pukul sehingga kembang serbuk coklat, gula pasir dan air panas. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais.

#4 - Dalgona Milo

Dalgona Milo

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk milo, 2 sudu gula pasir, sedikit air panas, susu segar dan ais batu

Cara Membuat : Pukul sehingga kembang serbuk milo, gula pasir dan air panas. Setelah bahan-bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais batu. Sedia dihidangkan

#5 - Dalgona Horlick

Dalgona Horlick

Bahan-Bahan : Serbuk horlick sesedap rasa, susu segar, sedikit air dan ais batu.

Cara Membuat : Pukul horlick bersama sedikit air (bagi tujuan larut) sehingga kental. Setelah sebati masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar dan ais. Sedia untuk dihidangkan.

#6 - Dalgona Matcha

Dalgona Matcha

Bahan-Bahan : 1 sudu serbuk matcha, 1 putih telur, setengah cawan gula pasir, setengah cawan air, susu segar dan ais

Cara Membuat : Pukul sehingga kembang putih telur. Dalam masa yang sama larutkan gula pasir di dalam air suam. Setelah itu masukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha. Setelah likat dan pekat dan juga sebati, masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar.

#7 - Dalgona Teh Susu

Dalgona Teh Susu

Bahan-Bahan : 2 sudu serbuk teh, 2 sudu gula pasir, 2 sudu air panas, susu segar dan ais

Cara Membuat : Pukul sehingga kembang serbuk teh, gula pasir dan air panas. Setelah bahan bahan campuran tadi nampak likat, masukkan di dalam gelas bersama susu segar dan ais.


Selamat mencuba...

sumber : kopitarik

Post a Comment

Previous Post Next Post