Resepi Dan Cara Buat Choco Jar Menggunakan 3 Bahan Saja Sesuai Untuk Berniaga

Resepi Choco Jar Menggunakan 3 Bahan Saja

Antara produk yang tengah trending atau viral sekarang ini adalah Choco Jar. Kini sudah ramai mencari resepi Choco Jar yang bersesuaian untuk dijadikan perniagaan sekali gus ingin menambah atau peroleh pendapatan sampingan.

Yang paling menariknya adalah Choco Jar ini hanya dihasilkan oleh peniaga kecil sahaja. Ini bermakna, selain daripada menikmati rasa coklat manis, anda juga boleh membantu peniaga kecil untuk terus berniaga terutamanya ketika musim pandemik ini.

Resepi Choco Jar Menggunakan 3 Bahan Sahaja

Jika anda sedang mencari resepi Choco Jar mana yang mudah disediakan. Anda boleh cuba resepi yang dikongsikan Nur Faizah ini apabila beliau hanya menggunakan 3 bahan utama sahaja. Yang lebih menarik, beliau juga berjaya menjual choco jar dengan menggunakan resepi tersebut.

Jika anda berminat untuk berniaga makanan dari rumah iaitu menggunakan khidmat delivery, anda boleh dapatkan panduan penuh bisnes delivery makanan terus dari rumah ini.

Tapi jika anda tidak berminat untuk berniaga, anda boleh sahaja hasilkan juadah choco jar anda sendiri dengan menggunakan resepi dan bahan yang sama.


Bahan-Bahan

Untuk bahan utama, terserah anda menggunakan mini cococrunch, milo, bubble rice, conflake dan sebagainya. Tetapi kebiasaanya menggunakan mini cococrunch dan juga bubble rice.

*Kalau nak betul-betul cair lebihkan minyak

bahan-bahan resepi choco jar

Cara Penyediaan

1)  Cairkan coklat berly dengan mengunakan kaedah double boil

cara sediakan choco jar

2)  Bila coklat dah cair masukkan minyak conola

cara sediakan choco jar

3)  Sejukkan sebentar

4)  Kemudian masukkan atau gaul coklat dengan mini coco crunch sehingga sebati

cara sediakan choco jar

5)  Boleh simpan di dalam bekas dan sedia dihidangkan. Mudah sahaja!

Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post