Kerajaan melalui Kementerian Kewangan mengumumkan dimana tarikh rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan dibuka bermula 15 Jun hingga 30 Jun 2021. Bagi yang tidak berjaya sebelum ini, boleh berbuat demikian pada tarikh tersebut.
Setakat ini, Kerajaan telah membuat pembayaran BPR kepada yang layak untuk Fasa 1 dan Fasa 2 sekitar bulan Februari dan Mei yang lalu. Kemudian bagi Fasa 3 pula akan dibuat pada bulan September 2021.
Kini ditambah pula dengan BPR Tambahan yang telah diumumkan dalam Program PEMERKASA+ pada bulan Mei yang lalu bagi membantu penerima BPR 2021 sedia ada.
Dengan sikap prihatin, Kerajaan sedar bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR tetapi masih belum didaftarkan di dalam pengkalan data Kerajaan.
Oleh itu, bagi yang tidak lulus, pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Kaedah Dan Cara Permohonan Rayuan BPR
Permohonan rayuan BPR boleh dibuat bermula 15 hingga 30 Jun 2021 melalui 2 kaedah yang disediakan seperti dibawah:
- Mohon secara online di portal rasmi BPR LHDNM di bpr.hasil.gov.my ATAU
- Penghantaran borang secara manual di cawangan atau UTC LHDNM
Pemohon yang lulus rayuan BPR ini juga layak menerima bayaran BPR Tambahan seperti yang diumumkan. Setelah pengkalan data BPR dikemaskini, pembayaran rayuan BPR kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bulan Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021 (BPR Fasa 3)
Jadi kepada mereka yang gagal dalam permohonan sebelum ini, mungkin ini adalah peluang anda untuk membuar rayuan bagi melayakkan menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi menampung kos perbelanjaan dan kos sara hidup.
Untuk maklumat lanjut untuk syarat permohonan, boleh dapatkan panduan lengkap Permohonan Rayuan BPR.
sumber : Kementerian Kewangan