Pastinya ramai yang telah terkesan dan terjejas dikala PKP Penuh Fasa 1 dilaksanakan yang bermula 1 Jun yang lalu. Kali ini, ianya bukanlah melibatkan golongan B40 sahaja tetapi melibatkan golongan M40 dan T20 juga.
Mereka juga turut mengalami penigkatan tanggungang kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19. Melalui bantuan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), dengan kerjasama pihak Bank, Moratorium 6 bulan akan diberikan.
Moratorium 6 Bulan Untuk Semua Peminjam
Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20 dan juga bagi usahawan mikro.
Tidak seperti sebelum ini, melalui pakej PEMULIH ini, tiada lagi syarat yang dikenakan seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
Tetapi kali ini yang berbeza daripada PKP 1.0 yang lalu, anda perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
Permohonan moratorium ini akan dibuka pada 7 Julai 2021 (Rabu). Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat peminjam yang berkaitan di bank-bank masing-masing