Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) hari ini. Ianya bagi bertujuan meringankan bebanan kewangan bagi semua sektor perniagaan termasuk kehidupan rakyat.
Dalam pakej bantuan kali ini, Kerajaan memperkenalkan satu bantuan khas yang dinamakan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) iaitu bantuan dalam bentuk wang tunai bagi golongan miskin tegar, B40 dan M40 secara amnya. Bantuan ini bertujuan bagi meneruskan Agenda Prihatin Rakyat.
Pakej Bantuan Khas COVID-19 (BKC)
Bantuan Khas COVID-19 adalah seperti berikut:
Melalui bantuan ini, Kerajaan akan menyalurkan RM500 untuk bulan Ogos dan November, kemudian RM300 untuk bulan Disember bagi kategori penerima Miskin Tegar. Manakala individu bujang miskin tegar akan menerima RM100 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan November.
Untuk golongan isi rumah B40, mereka akan menerima RM500 untuk bulan Ogos dan RM300 dalam bulan Disember. B40 untuk golongan bujang akan menerima bantuan RM200 untuk bulan Ogos.
Bagi golongan isi rumah dan individu bujang M40 pula, masing-masing bayaran akan dibuat RM250 dan RM100 untuk bulan Ogos ini.
Melalui bantuan ini, Kerajaan memperuntukkan RM4.6 bilion sekali gus memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, individu warga emas serta bujang.