Mungkin ada antara anda yang kini sudah pun mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Jika sudah dapat, ada berita baik untuk anda. iQIYI Malaysia nak belanja akaun VIP kepada mereka yang telah pun mendapat suntikan vaksinasi.
Pengumuman ini dibuat sebagai tanda ucapan terima kasih kerana telah memilih untuk divaksin dan sekali gus telah membawa kita semua terutamanya rakyat Malaysia lebih dekat dengan matlamat utama iaitu menuju imuniti kelompok.
Jadi disebabkan itulah, iQIYI Malaysia memberikan hadian sebagai tanda perhargaan kepada rakyat Malaysia iaitu dengan vaucer VIP akses selama 2 minggu. Antara kelebihan yang disediakan melalui akaun VIP daripada iQIYI Malaysia ini adalah seperti berikut :
- Dapat akses untuk beberapa peranti serentak
- Tontonan tanpa gangguan iklan
- Tayangan dengan kualiti Blu-Ray (1080p)
- Dapat akses semua kandungan yang ada pada bila-bila masa
- Dapat download kandungan VIP dan tonton secara offline
Cara Tebus 2 Minggu VIP Akses Daripada iQIYI Malaysia
Langkah 1 : Layari laman web iQIYI Bersama Rakyat di www.iqiyibersamarakyat.com
Langkah 2 : Sebelum itu, buka dan masuk ke aplikasi MySejahtera anda dan pergi ke menu "Vaksin untuk Anda" dan ambil tangkapan skrin (screenshot)
Langkah 3 : Kemudian masuk semula ke laman web iQIYI Bersama Rakyat dan isikan maklumat diri dalam borang disediakan seperti nama, nombor telefon, alamat emel beserta screenshot tersebut.
iQIYI akan hantar kod baucer yang boleh ditebus di platform www.iq.com iaitu dengan cara :
Langkah 4 : Layari laman web www.iq.com/vip/codekey
Langkah 5 : Jika belum daftar akaun iQIYI, daftar terlebih dahulu. Jika sudah, terus Login seperti biasa
Langkah 6 : Masukkan kod baucer yang anda peroleh dalam ruang yang disediakan dan klik "Redeem". Selesai!
Anda kini boleh nikmati kandungan iQIYI Malaysia dengan akaun VIP tanpa gangguan iklan dengan kualiti HD.
Untuk maklumat lanjut, boleh pergi ke www.iqiyibersamarakyat.com untuk dapatkan lebih banyak informasi dan tawaran menarik daripada iQIYI Malaysia dalam mendokong usaha kerajaan bagi proses vaksinasi.
Yang mana belum dapat tu, harap terus bersabar keh. Admin pun tak dapat lagi vaksin