Selepas diumumkan pada awal Mei yang lalu, kini rakyat Malaysia secara rasmi sudah boleh melanggan Disney+ Hotstar Malaysia. Langganan dengan harga hanya RM54.90 untuk 3 bulan. Ikuti langkah dan cara melanggan disini.
Seperti yang diumumkan sebelum ini, terdapat kandungan Disney+ seperti filem-filem dan Siri Marvel. Ada Loki, The Falcon and The Winter Soldier, dan juga filem seperi Avengers, Black Panther dan banyak lagi.
Untuk Disney+ Hotstar Malaysia juga terdapat kandungan tempatan pada bahagian Local seperti filem J2 : J Retribusi, Ejen Ali The Movie, Munafiq, Single Terlalu Lama, Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan beberapa filem dan drama lain juga.
Cara Langgan Dan Subscribe Disney+ Hotstar Malaysia
Untuk langganan, terdapat 2 cara iaitu melalui aplikasi atau menerusi website www.hotstar.com/my. Untuk tutorial ini, akan ditunjukkan menggunakan smarphone iaitu menerusi aplikasi yang mana langkahnya lebih mudah.
Langkah #1 - Download aplikasi Disney+ Hotstar di Play Store atau App Store.
Langkah #2 - Kemudian buka aplikasi dan klik pada butang Subscibe. Paparan seterusnya anda dapat ketahun kelebihan yang ditawarkan oleh Disney+ Hotstar Malaysia. Langkah seterusnya, klik "Continue"
Langkah #3 - Kemudian anda perlu tetapkan profile dengan masukkan nombor telefon dan kod OTP untuk pengesahan. Akhir sekali masukkan nama dan jantina. Jika sudah selesai klik "Continue"Langkah #4 - Akhir sekali boleh mula buat bayaran iaitu RM54.90/3 bulan (sehingga 1 September 2021). Anda boleh buat bayaran menggunakan kad debit/kredit atau menggunakan perbankan online (CIMB, Maybank2u, Bank Islam, BSN dan banyak lagi)Selesai! Anda kini boleh nikmat semua kandungan Disney+ Hotstar secara On The Go pada bila-bila masa dan diman-mana sahaja.